Sejak akhir - akhir ini, PAS dlihat sudah semakin berpecah belah. Mereka yang dahulunya dianggap pejuang Islam kini mula terbahagi dua.
Keadaan ini mengesahkan lagi dakwaan bahawa memang wujud dua kumpulan yang berbeza didalam parti yang KONONnya memperjuangkan Islam itu.
Apa yang jelas, PAS kini berada didalam persimpangan dilema. Sama ada memilih untuk menegakkan Islam atau berjuang demi kepentinga Politik semata - mata.
Ia berikutan tindakan mereka mengugurkan perjuangan Negara Islam dalam Mukhtamar mereka bulan Jun lalu. Tindakan itu jugak la yang menjerat mereka.
Tidak dinafikan lagi, keadaan ini memang wujud. Kalau tidak, menda kejadah pulak Nasa Tantawi nak rasa tertekan sampai sedemikian rupa???
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan akhirnya mengakui bahawa beliau sedang menghadapi tekanan dan kecaman cukup hebat daripada pemimpin Pas sendiri, dipercayai daripada mereka yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia sekali gus mengesahkan laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bahawa Nasrudin kini mengalami nasib serupa seperti Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang dikecam parti sendiri kerana menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan di sebuah gereja baru-baru ini.
“Sedikit tenaga terjana semulajadi sungguh pun mutakhir ini daku (aku) dihimpit tekanan daripada pelbagai sudut. Semoga taufik terus dibekalkan Ilahi buat diri yang kerdil ini untuk terus berjuang,” kata Nasrudin ketika mengemas kini status terbaru di Facebooknya, hari ini.
Bagaimanapun seperti Hasan, Nasrudin juga tidak menunjukkan tanda-tanda beliau akan berganjak daripada pendirian tegasnya menyokong tindakan JAIS serta mempertahan akidah umat Islam daripada cuba dimurtadkan walaupun dikecam parti sendiri.
Menurut Nasrudin, beliau akan tetap mempertahan akidah umat Islam dengan apa cara sekalipun kerana matlamat perjuangannya adalah kerana Allah dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan, didikan Rasulullah sebagai contoh selain bercita-cita untuk mati syahid.
“Ya Allah, andai diri ini gagal menepati prinsip tersebut, ampunilah dosa aku. Ya Allah, andai diri ini cuai dan alpa, (sehingga) tidak menunaikan amanah perjuangan ini dengan baik, ampunilah aku,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.