Apa nak jadi, entah la Si Mat Sabun ni. Habis dengan semua orang dia nak cari pasal. Dia ingat, dia dah jadi Timbalan Presiden PAS, dia dah besar sangat ke?
Hari tu dengan pihak Polis. Sibuk la dia kata Polis saja buat fitnah terhadap dia kononnya. Lepas tu siap kata nak saman Polis dan sebagainya.
Hantar notis dah banyak kali. Tapi dia tak jugak saman pihak Polis tu. Kenapa dia tak saman? Takut ke? Mungkin itu jugak la yang dia nak buat dengan pihak tentera ni.
Mungkin sebab dia takut pihak tentera akan mengambil tindakan, maka dia keluar la kenyataan agar 'pihak tertentu' tidak mengheret mereka ke dalam Politik.
Terdapat cubaan sesetengah pihak mengheret pihak tentera kepada politik partisan dan ini suatu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, dakwa timbalan presiden PAS.
Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pasukan keselamatan sejak merdeka memainkan peranan baik menjaga keselamatan negara tanpa terlibat dalam politik partisan.
Bagaimanapun, tambahnya, sejak perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, pihak tentera ditarik ke kancah politik dengan pelbagai cara, termasuk melalui latihan bersama mengawal orang ramai dengan polis.
Bercakap kepada pemberita di Komtar, Pulau Pinang, Mohamad mahukan semua usaha itu dihentikan kerana ia tidak sihat dan tentera sepatutnya mengekalkan sikap neutral sepanjang masa.
Mohamad merujuk kepada pengakuan empat bekas tentera pada Rabu yang mengaku pernah terlibat dalam manipulasi undi pos semasa berkhidmat. - MK
Kenapa pulak dia nak sebut 'pihak tertentu' sedangkan satu Malaysia ni dah tahu yang PAS sendiri mempertikaikan mengenai undi Pos?
Dah jelas sangat la diorang jugak yang membangkitkan isu tersebut. Malah blogger - blogger mereka jugak yang selalu membuat pendedahan mengenainya.
Kalau tidak, siapa pulak yang membangkitkan dan mendedahkan mengenai pengakuan 4 orang bekas tentera sebelum ini?
Jadi Mat Sabun ni nak salahkan sapa sebenarnya? Dia nak salahkan Pemuda PAS yang mula - mula membangkitkan isu tersebut?
Nampak sangat la dia dah mula ketar lutut dengan tindakan Pemuda PAS yang bertindak secara sebarangan tu. Takut kena saman la tu agaknya ye?
Itu la perjuangan Islam Si Mat Sabun ni. Dia bukan tahu buat benda lain. Asyik nak menipu je kerja dia. Tapi nak menipu tak pandai. Asyik kantoi je kerjanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.