Halamak ai!!! Buat malu je dia dengan pengikut - pengikut dia yang selama ni dok sibuk jaga Bontot dia ke hulu ke hilir.
Sekali rupanya, Si Ketua Penipu tu tak laku dikalangan rakyat sebenarnya. Macam mana nak laku kalau dah kerja dia asyik menipu je.
Ke mana saja dia pergi, bukan dia tau buat kerja lain selain menipu ke sana ke mari. Nak tengok dia tolong orang miskin, orang tua - tua, kanak - kanak dan sebagainya? Jangan harap la.
Korang tunggu sampai kucing bertanduk, ayam jantan bertelur pun belum tentu lagi dapat tengok Si Ketua Penipu tu mendekatkan diri dengan rakyat.
Orang macam tu ke yang nak dibanggakan sebagai pemimpin dan perjuang rakyat? Berjumpa dengan rakyat pun tidak, nak perjuangkan rakyat menda kejadahnya!!!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih berketerampilan sebagai pemimpin di mata masyarakat umum berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ini menurut Ibrahim Suffian dari pusat bancian Merdeka Centre adalah kerana keberkesanan penggunaan media arus perdana untuk menaikkan imej Najib.Malah katanya, jumlah rakyat yang berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, kukuh pada paras 69 peratus pada Disember lalu."Jika anda bertanya kepada saya - siapa yang rakyat fikirkan boleh melakukan kerja dengan lebih baik,- mereka berkemungkinan akan memilih Najib. Terdapat banyak berita mengenai Najib melakukan pelbagai perkara dan sebahagian besar berita itu sangat positif."Jadi mereka mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap Najib berbanding Anwar. (Persepsi Anwar) dalam media arus perdana diselubungi tindakan undang-undang yang bersilih ganti. Hampir setiap hari, ada sahaja orang yang menuduh beliau dengan pelbagai dakwaan.”
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.