Fuh!!! Dah lama dah rasanya Semut tak balun Si Mahfuz Bean ni. Kali nampak sangat dia bengang tahap gila babi dengan Kak Mismah baru - baru ni.
Mana tidaknya. Kak Mismah bukan sahaja dah memalukan puak - puak Pakatan Pembangkang tu, malah turut membuktikan diorang ni memang kaki penipu.
Jadi, sebelum Semut bagi komen dan membalun Si Mahfuz ni dengan lebih 'kaw', elok korang baca laporan ni terlebih dahulu. Baca apa yang dipertikaikan dek Si Mahfuz Bean ni.
KUALA LUMPUR: Selepas gagal membuktikan seorang warganegara dikenalisebagai Mismah, 47, mendapat taraf kerakyatan melalui 'pintubelakang', pembangkang kini beralih kepada isu mempersoalkan kelayakannya diberi status berkenaan.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan tidak seharusnya memberi taraf warganegara kepada Mismah kerana wanita berkenaan tidak mempunyai keistimewaan tertentu untuk diberi statuskerakyatan."Apa kelayakan dia untuk diberi status kerakyatan? Apa kepakaran yang dia ada yang boleh membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kita?"Status kerakyatan tidak semestinya diberi kepada seseorang yang tinggal dalam negara ini untuk satu tempoh yang lama," katanya pada sidang media di sini, Isnin.Mismah yang sudah berada di Malaysia selama 29 tahun menjadi isu kontroversi apabila pembangkang mendakwa status kerakyatanibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara) dalam tempoh empat jam sahaja.Bagaimanapun minggu lalu beliau menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya menunjukkan bukti bahawa permohonannya untuk menjadi warganegara telah diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 31 Januari lalu.
Wah!!! Bukan main lagi dia ye? Pandai - pandai je dia nak pertikaikan hak orang lain kerana mendapat kerakyatan di Malaysia ni.
Dia siap tanya lagi, apa kepakaran yang dimiliki oleh Mismah sehingga dia diberikan kerakyatan Malaysia.
Apa, dia lupa ke siapa yang banyak menyumbang tenaga dalam membina infrastruktur didalam Malaysia ni? Kalau tak de la orang macam Mismah ni, siapa lagi yang nak jadi buruh?
Itu tahan lagi. Bila dia tanya mengenai bab kepakaran bagi memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Negara tu yang paling tak tahan sekali.
Dia pandai sangat tanya orang. yang dia tu, apa kepakaran yang diada untuk disumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi Negara? Ada dia bantu membangunkan Negara? Mana ada.
Jangan kata nak tolong membangunkan ekonomi Negara, nak menjahanamkan lagi Negara ada la. Lepas tu kepakaran dia MENIPU je!!! Itu je yang dia tau!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.