Ini yang orang muda cakap 'sembang lebat' ni. Cakap je lebih tapi buatnya tidak. Kalau bercakap, macam dia je yang bagus.
Bila buat tuduhan dan dakwaan, wah! Macam - macam cerita dia keluar. Tapi bila suruh tunjukkan bukti, banyak pulak alasan dia.
Sekarang kita tengok sama ada Mustafa Ali ni betul - betul berani atau dia setakat cakap je lebih. Lepas tu bagi alasan yang bukan - bukan.
Berani tak dia nak dedahkan bukti yang mengatakan ada penglibatan UMNO dalam isu DUMC ni atau dia akan tetap dengan alasan dia untuk mendedahkannya dalam mahkamah.
Hari tu dia jugak yang cakap, selagi diorang tak jumpa dengan JAIS, bukti yang ada tu takkan didedahkan melainkan UMNO Selangor saman diorang.
Itu semua alasan diorang la bila buat dakwaan. Sama la macam Mat Sabun tu. Kata nak saman Polis, tapi sampai hari ni, tak saman jugak. Guna la alasan yang bukan - bukan. Macam sial je perangai diorang ni!!!
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Umno Selangor mencabar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk mendedahkan bukti kononnya Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah geraja di Petaling jaya awal bulan ini.Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata Mustafa (gambar) tidak perlu untuk menyembunyikan bukti itu sekiranya ia benar.“Buat apa hanya bercakap, kenapa takut? Mengapa nak rahsiakan sangat? Saya cabar beliau (Mustafa) untuk buktikan, kita tidak gentar walau seinci pun.“Kalau ada bukti dedahkan, tak perlu nak simpan-simpan,” katanya kepada The Malaysian Insider.Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed sebelum ini memberikan tempoh tiga hari kepada Mustafa untuk memohon maaf.Bagaimanapun Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.Menurut Abdul Shukor, PAS yang diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengabaikan dasar perjuangan parti Islam itu semata-mata mahu berkuasa.Beliau menambah kontroversi pemeriksaan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama membuktikan parti Islam itu sudah tidak memperjuangkan Islam.“Apa yang hendak ditakutkan sangat sehingga nak tuduh-tuduh, Jais juga di bawah bidang kuasa kerajaan negeri... mengapa takut sangat nak bertanggungjawab, kalau Umno jadi kerajaan kami akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.“Ini adalah masalah akidah orang Islam yang hendak dimurtadkan oleh pelampau Kristian, dalam Islam juga ada pelampau dan saya lihat PAS takut kehilangan pengundi dan sokongan dari kalangan pengundi Kristian sehingga mereka tidak sensitif dengan apa yang berlaku,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.