Belum sempat lagi Si Nurul Izzah ni nak bersuara, Papa dia terlebih dahulu dah mengeluarkan kenyataan. Maka nak tak nak, dia kena ikut jugak.
Walaupun keputusan dan kenyataan yang dibuat oleh Papanya itu nampak membelakangkan dia, tapi dia terpaksa jugak akur.
Begitu jugak la dengan puak - puak Parti Angguk Saja tu. Kalau tidak kerana kenyataan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu, dah tentu mereka akan bersetuju dengan cadangan PM.
Tapi, dah namanya pun Parti Angguk Saja. Apa - apa keputusan pun, diorang kena angguk je la. Diorang bukan boleh buat keputusan sendiri!!!
Dalam mesyuarat khas Pakatan Rakyat mengenai penubuhan Panel Khas (Jawatankuasa Terpilih) Parlimen mengenai Reformasi Pilihanraya; Anwar adalah individu yang sangat vokal menentang penubuhan panel tersebut. Ada juga pandangan yang mengatakan ianya sesuatu yang positif; namun Anwar cepat menidakkan dengan mengatakan TIDAK ADA KEIKHLASAN daripada pihak kerajaan dalam penubuhan panel tersebut.Aduhai, payah kalau Anwar sudah berlagak sebagai Tuhan. Kenal dan faham dengan keikhlasan. Tinggi darjat Anwar sekarang agaknya.Sebagai rakyat, kita cuma inginkan Anwar bersikap matang dalam hal ini. Yang penting adalah PERUBAHAN dan REFORMASI sistem. Bukan siapa yang mengepalai panel. Janganlah jadi macam budak-budak. Sikit-sikit nak boikot. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak pertikai.Pakatan Rakyat kena ambil peluang untuk menggunakan panel ini sebagai medan menyampaikan pandangan. Bukannya boikot dan MELALAK dari luar. Kenapa agaknya Anwar beria-ia menolak penubuhan panel ini?Satu-satunya masalah dan ketakutan Anwar adalah soal RATING Najib yang semakin naik. Tidak tinggi melangit; tetapi naik secara berkala. Sedang Anwar dalam masa dan waktu yang sama berdepan dengan soal ‘krisis kepercayaan’. Anwar memang tak suka dengar bab KRISIS KEPERCAYAAN ini. Malahan, bila dimaklumkan oleh seorang pemerhati bebas yang sentiasa dipanggil oleh Pakatan Rakyat; Anwar ‘dismiss’ pandangan tersebut sebagai SHALLOW POLITICAL OBSERVATION. Anwar masih tak mahu terima bahawa dia berdepan dengan krisis kepercayaan yang semakin menekan. Kes sodomi. Kes video seks. Semuanya menjadi masalah kepada Anwar.Malahan, usaha Anwar untuk menolak Peguam Syarie dalam kes Qazaf juga tidak digemari ramai penasihat PKR. Nampak sangat Anwar desperate dan terdesak. Mereka dah nasihatkan Anwar – tak perlu nak ketepikan peguam tersebut. Sekali lagi Anwar tak mahu dengar.Anwar patut gunakan peluang penubuhan panel ini untuk letakkan IZZAH di barisan depan politik Negara. Izzah yang akan berada dalam Panel Khas tersebut akan mampu membawa imej Anwar dalam panel tersebut. Ini akan memberikan keuntungan jangka panjang kepada PKR.Anwar kalau terus main politik macam budak-budak begini akan hanya membuatkan lebih ramai orang menyampah. Tak percaya? Kita sama-sama tunggu. - Gelagat Anwar
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.