Ahad, Ogos 21, 2011


Nak buat macam mana. Kalau dah niatnya tak baik, maka inilah balasannya. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

Buat la macam mana sekali pun. Ianya tetap ketentuan Allah S.W.T. Kita manusia ni hanya merancang, tetapi ketentuannya tetap ditangan Yang Maha Esa.

Jadi tak hairan la kalau usaha Pakatan Pembangkang di Kedah ni menjadi sia - sia kerana Kebenaran jugak yang berjaya ditegakkan. Jangan diorang nak salahkan sesiapa pulak lepas ni!!!

Abu Hassan bersyukur dapat semula kerusi DUN

ALOR SETAR 20 Ogos - "Ini anugerah Allah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan." Begitu kata-kata Datuk Abu Hassan Sarif mengenai perasaannya selepas Mahkamah Rayuan kelmarin memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang dikosongkan hampir dua tahun lalu dikembalikan kepada beliau.

Menurutnya, sebelum keputusan itu diumumkan oleh Mahkamah Rayuan, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan dan menyerahkan nasibnya kepada Allah.

"Tiada perkataan lain kecuali syukur apabila mendengar keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya kepada pemberita ketika tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Ketibaannya disambut kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, ketua-ketua cawangan dan jawatan kuasa UMNO Bahagian Jerlun.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping