Ahad, Ogos 28, 2011


Wah!!! Betul la Si Fuziah 'Reaktor' ni tak puas hati dengan puak - puak Parti Angguk Saja. Dah la Ahli Parlimen PAS tak menyokong dia, sekarang diorang buat hal pulak.

Dia memang mengharap sangat PAS ambik tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Che Rosli ketika ditemubual oleh Karam Singh baru - baru ni.

Harapan dia ialah agar Che Rosli dikenakan tindakan disiplin. Maka mungkin sebab itu la dia tak ambik tindakan dan meminta agar Ahli Parlimen Hulu Langat ni mohon maaf pada dia.

Sekali, keluar pulak kenyataan dari PAS bahawa Dr. Che Rosli tidak akan dipanggil dan dikenakan tindakan disiplin oleh parti tersebut.

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — PAS akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat, yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri.
Bagaimanapun pucuk pimpinan tidak menganggap kenyataan wakil rakyat itu sebagai satu tindakan melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan pendirian PAS.
“Kami akan minta YB Che Rosli agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sambil menambah, “setakat ini apa yang dikatakan oleh beliau tidak boleh dianggap sebagai isu disiplin.”
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.
“Saya bukan pengerusi jawatankuasa disiplin, tetapi apa yang boleh dikatakan ialah setakat ini, ia bukan kes disiplin. Tetapi sekretariat ibu pejabat akan memanggil beliau untuk memberi penjelasan,” katanya lagi.
Mau tak mengamuk Si Fuziah ni bila baca laporan diatas. Tapi apa boleh buat. Salah dia jugak. Kenapa dia tak nak ambik tindakan terhadap Dr. Che Rosli ni?

Sekarang, apa lagi yang dia nak buat sedangkan satu Malaysia dah tahu yang dia hanya menyelewengkan faktar mengenai pembinaan kilang Lynas di Gebeng.

Yang puak - puak PAS ni pulak, satu hal jugak. Asal ada pemimpin yang berani menegakkan Kebenaran, mesti akan dipanggil untuk bagi penjelasan.

Kata nak memperjuangkan Islam tapi Kebenaran ditolak. Kenapa diorang tak panggil Mat Sabun tu bagi penjelasan mengenai isu pejuang Komunis tu?

Yang tu lebih penting kerana dia jelas menghina pejuang - pejuang yang menentang kezaliman Komunis pada ketika itu yang dah bunuh semua orang - orang Melayu.

Itu ke yang diorang kata nak memperjuangkan Melayu dan Islam di Malaysia ni dan menggantikan UMNO dimasa akan datang?

Nampak sangat puak - puak PAS ni hanya bercakap je pandai. Tapi bila tiba bab nak melaksanakannya, HARAM!!! Cakap tak serupa bikin. Macam sial!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Semakin ramai hati orang2 PAS yang mendapat hidayah dan tidak takut untuk mengucapkan kebenaran....alhamdulillah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping