Isnin, Ogos 15, 2011


PERHIMPUNAN haram Bersih pada 9 Julai lalu meninggalkan kesan kepada ramai pihak terutama mereka yang tinggal di ibu kota apabila beberapa jalan utama ditutup.
Para peniaga juga turut menerima kesan kerana tidak dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.
Bagi Akhil Hayy, pengacara Cafe Akhil Hayy dan Cubaan di Astro Oasis ini, setiap perkara yang berlaku berkaitan dengan politik sukar untuk dinyatakan kebenarannya.
Biarpun begitu, dia mengambil pendekatan selamat apabila enggan memberikan komen lanjut berkaitan hal politik.
"Sebolehnya saya mahu mengelak daripada memberikan komen berhubung apa saja yang berkaitan dengan isu politik. Pada saya, Malaysia merupakan negara demokrasi dan paling penting semua rakyat inginkan keamanan.
"Saya pasti ada caranya untuk mendapatkan keamanan itu. Jadi, saya tidak boleh berkata salah atau betul tentang tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai keamanan.
"Mungkin keamanan boleh tercapai apabila kita duduk berbincang bersama-sama dan menyatakan tuntutan masing-masing. Walau apa pun berlaku, semua agama mengajar kita untuk mencari perdamaian.
"Tetapi jika ia dilakukan tanpa mengikut syariat Allah, bagaimana kita mahu mendapatkan keredaan dan pengampunan Allah," ujarnya sambil bersulam dengan nasihat.
Melarikan sedikit dunia politik kepada hiburan, pendakwah bebas dan penyanyi nasyid ini masih berada di paksi kehidupan sebenar.
Mana tidaknya, dia berasal daripada kumpulan muzik rock suatu ketika dahulu. Kini, imejnya sudah bertukar wajah, namun tidak bermakna Akhil atau kadangkala digelar 'ustaz rock' ini akan mengubah minatnya yang mendalam dalam bidang muzik. Lagu-lagu yang diketengahkan lebih bercorak kepada kerohanian dan ketuhanan.
Terbaru, dia baru menghasilkan lagu berjudul Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) danSubhanak (Maha Suci Engkau) yang dicipta sendiri dengan bantuan isterinya, Waheeda.
"Selain menyanyi, saya juga menganjurkan kursus tarbiah jiwa yang terbuka kepada rakan-rakan selebriti yang berhijrah sejak dua bulan lalu di sebuah rumah kenalan saya di Shah Alam, Selangor.
"Saya memikirkan idea seperti ini setelah mendapati sesetengah selebriti yang tidak selesa dengan perhatian yang diberikan apabila menyertai sesebuah acara dan kelas agama," tambahnya lagi.
Di samping itu, dia mempunyai syarikat Akhil Network yang mengendalikan program mengerjakan umrah dan merancang untuk melaksanakan program itu pada Februari, Jun dan Ogos tahun depan.
Para peminat Akhil juga boleh menontonnya menerusi program Cubaan yang disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam. - Sumber mStar
Ps: Lepas ni, mesti ada dikalangan pengikut - pengikut PAS yang kecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Akhil Hayy ni. 

Paling tidak pun, diorang akan kata Akhil Hayy ni dah kena beli.

Tapi ye la, diorang bukan faham apa isu sebenarnya yang nak disampaikan oleh Akhil Hayy ni. Jadi tak heran la kalau diorang main bedal ikut suka hati je, ye tak???
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Yes, Ustaz Rock. Lu mau kenteteraman Gua pun mau kenteteraman. Lu pilih jalan Allah Gua pun pilih jalan Allah. Gua respect Lu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping