PKR terpaksa akur selepas usaha giat beberapa tokoh dalam Pakatan minggu lalu untuk melantik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu.
Ia susulan satu mesyuarat sulit pimpinan tertinggi PKR yang telah diadakan di kediaman bekas ketua pembangkang Si Ketua Penipu itu sebelum ini menjadikan isu itu semakin hangat.
Sumber memberitahu, usaha itu berlaku sejak minggu lalu, yang menyaksikan ketegangan ketika perbincangan diadakan antara pemimpin kanan 4 parti PH, iaitu PKR, DAP, Amanah dan PPBM, berkenaan organisasi gabungan yang bakal didaftarkan itu.
Difahamkan dalam mesyuarat yang dihadiri Dr Mahathir pada Jumaat lalu, seorang pemimpin PAN bangun mempersoalkan Mat Sabu kerana bertindak tanpa persetujuan parti dalam menyokong pengagihan jawatan tinggi dalam gabungan 4 parti itu.
Tindakan pemimpin beberapa orang pemimpin PAN yang meninggikan suara dan “menyangkal depan-depan” untuk mengkritik Mohamad memaksa beberapa rakan dari partinya menenangkan keadaan.
Ia berlaku selepas Amanah bersetuju dengan DAP yang enggan memberikan sebarang peranan kepada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di peringkat tertinggi PH. DAPigs dan pan mahu Dr Mahathir dilantik mengetuai gabungan itu.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau tidak bersetuju sekiranya PPBM memonopoli kepimpinan PH, gabungan yang kini dalam perancangan menyertai pilihan raya umum akan datang atas satu nama dan logo.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkali-kali menolak cadangan beliau kembali ke jawatan perdana menteri yang disandangnya selama 22 tahun, sekiranya PH berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.
Pilihan Dr Mahathir mengetuai PH dan cadangan meletakkan Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai penasihat dan presiden dikatakan tidak disenangi beberapa pihak dalam PKR.
Sumber berkata terdapat usaha memulaukan pihak yang enggan berkompromi dengan cadangan membawa Dr Mahathir ke pucuk pimpinan PH, “terutamanya puak-puak otai,” katanya merujuk panggilan bekas penyokong gerakan reformasi yang tercetus selepas penyingkiran Anwar daripada kerajaan pada 1998.
Pakar Strategist & Penyiasat Rafizi juga mengaku faktor Tun Mahathir adalah kunci kejayaan bagi menarik pengundi Melayu UMNO & Melayu atas pagar.
BalasPadamUMNO/BN menang cukup2 makan di PRU 13 disebabkan sokongan Tun ketika itu. Di PRU 14 nanti, Pakatan Harapan pasti menang gemilang dgn lebih 2/3 majoriti kerana mendapat undi 90% Bukan Melayu & 55% undi Melayu/Bumiputera. Finally, all praise to Allah SWT, The Grand Old Stateman is now officially once again The War Lord to crush UMNO/BN and and lead PAKATAN HARAPAN taking over Putrajaya.
Harapan saya & teman2 seperjuangan....Tun M dapat meletakkan semula Malaysia di persada dunia macam dulu2.
Dulu Malaysia disegani oleh negara2 luar kerana ketegasan Tun M....mereka kagum dgn kepesatan pembangunan Msia. Orang Msia boleh berjalan megah bila ke overseas.
Pendapat dan buah fikiran Tun M dipandang serius dan dihormati oleh pemimpin negara2 luar......bila Tun M berucap di PBB ramai pemimpin2 negara yg berpengaruh fokus pada ucapan beliau.
Tun M tak pernah lari dari sebarang program ucapan atau forum soal jawab sama ada dalam negara atau di luar negara. Semua soalan akan dijawabnya dgn confident....ini baru betul2 dikatakan Nothing to Hide.
Harapan rakyat Msia ialah Tun M dan Pakatan dapat kembalikan kegemilangan Msia macam dulu.....tapi mesti kita ingat ini hanya boleh berlaku jika kita jalankan tanggungjawab memberi mandat pemerintahan pada Pakatan.
Jadi tiap daripada kita dan keluarga wajib jalankan tanggungjawab memgundi di PRU14 nanti.....jangan setakat berkokok di sini saja.....memangkah undi tu penting dan mesti ditunaikan.
Penyamun dan kleptokrasi mesti ditamatkan di bumi Malaysia.
Malaysia untuk rakyat Msia.......bukan untuk pangkat dan kuasa pemimpin.
Moga Allah panjangkan usia Tun M dan pemimpin Pakatan yg lain demi menggalas tugas untuk rakyat Malaysia.....ameen.
Tuan Othaman masih bermimpi? Mimpi disiang hari nampaknya
PadamSebagai kroni yang mencipta kekayaan spjg tempoh 22tahun mahdey menjadi pm saya amat berharap ph akan menang.Senang dpt projek tanpa tender dan klu projek gagal kerajaan mahdey akan bailout guna wang rakyat tanpa waswas.Selain dpd itu harapan agar banyak perjanjian2 baru yg menguntungkan kroni dan sedara mara akan diperolehi.Biar kita senang hingga kiamat.Hidup mahdey dan didoakan para warisnya akan meneruskan legasi tersebut.Kaya dan terus berkuasa.
PadamTun M... Udah2 la tu...
BalasPadamYa..semoga Allah pjgkan usia tun agar dpt menumpukan kpd ibadah & memperbetulkan kepincangan dlm keluarga sendiri. Udah2 le tu tun m.. pergi tgk mazhar, mastura nu...
BalasPadamAwan sudah berarak lalu......Aku sokong Mat Sabu jadi PM. Dia lawak. Kita sentiasa tak kering gusi dan rakyat Malaysia boleh hidup lama jika sentiasa happy. Tidak dinafikan Mat semakin tua semakin hensem...
BalasPadamsekadar bernostalgia blh ler...mahathir terlalu tua utk kembali...elok buat ibadat bnyk2 jer utk habiskan sisa2 hidup ...
BalasPadamExco Armada nak tau
BalasPadammachamana anak Tun cepat Kaya Raya dah diperjelaskan on Tun U-turn ka?
Nyanyuk sama mcm Che det yg menulis ni
BalasPadam