Rabu, Ogos 24, 2011



Hari ini, banyak isu yang dapat kita baca dan lihat sepanjang perbicaraan kes liwat yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu itu terhadap Mohd Saiful Bukhari.

Dalam pembelaan hari ini, pihak Pendakwa berpeluang untuk menyoal balas saksi kedua bagi sesi pembelaan iaitu Doktor David Wells.

Daripada apa yang dapat kita perhatikan terdapat beberapa perkara dan isu yang masih boleh dipertikaikan dalam kenyataan yang dibuat oleh Dr. Wells.

1. Kenyataan Dr. Wells hanya banyak tertumpu kepada laporan profoma yang mana laporan tersebut perlu diserahkan kepada pihak Polis sebagai bukti siasatan.

Walau bagaimana pun, Dr. Wells tidak menolak lansung laporan perubutan yang telah dibuat dan dia sendiri bersetuju dengan laporan tersebut.

Bermakna, secara sedar atau pun tidak, Dr. Wells hanya menidakkan prosedur Polis melalui borang laporan Profoma itu sahaja.

Dia tidak sedikit pun mempertikaikan laporan Perubatan yang dibuat oleh 3 orang doktor yang memeriksa Mohd Saiful sebelum ini.

2. Dr. Wells tetap juga mempertahankan kenyataan yang dibuat sebelum ini dimana kata dia, spesimen yang ditemui selepas 65 jam tidak boleh dijadikan bukti.

Namun, Dr. Wells secara tidak sengajanya telah mengesahkan bahawa terdapat spesimen didalam rektum Mohd Saiful dengan mengulangi kenyataannya semalam. 

Bermakna, Dr. wells tidak menolak bahawa penetrasi memang berlaku terhadap Mohd Saiful dengan kenyataan yang dibuat sebelum ini.

3. Dalam kenyataan hari ini, Dr. Wells juga turut dilihat cuba untuk mengelirukan pihak Pendakwa dengan menyatakan bahawa sperma dan DNA adalah dua perkara yang berbeza.

Dia dilihat cuba mengelak dari menjawab soalan dari pihak Pendakwaan yang berulang kali menyatakan bahawa sperma ditemui didalam rektum Mohd Saiful.

Dr. Wells memberi alasan bahawa dia lebih suka membiarkan soal mengenai DNA diberikan kepada pihak Pakar untuk menjawabnya.

4. Peguam Bela Si Ketua Penipu, Sankara Nair sekali lagi cuba untuk menimbulkan persepsi bahawa sperma yang ditemui didalam rektum Mohd Saiful itu telah diletak.

Dia ingin membangkitkan kecurigaan didalam kes tersebut dengan bertanya kepada Dr. Wells jika perkara seumpama itu mungkin berlaku. Dan Dr. Wells mengakui ianya mungkin.

Tetapi, menurut Dr. Wells, ianya adalah mustahil untuk memasukkan sperma itu tanpa melibatkan bendasing luar. Dan plastik protoskop juga tidak mampu untuk melakukannya.

Yang lebih menarik dan masih menjadi persoalan sehingga sekarang, bagaimana seseorang itu boleh mendapatkan sperma Si Ketua Penipu itu terlebih dahulu?

Dia ada simpan 'stok' ke kata mana - mana sehingga orang luar boleh ambik macam tu je? Atau ada orang yang menyerahkannya secara suka rela? Siapakah orang tu?

Nampak sangat puak - puak Pakatan Pembangkang ni sebenarnya dah ketandusan idea sejak Dr. Wells tak sengaja kantoi menegaskan bahawa berlakunya penetrasi.

Maka sebab itu la Si Sankara Nair tu masuk selepas rehat tengahari tadi dan cuba untuk mengalihkan isu. Dia cuba nak Poo...singh jugak!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping