Ahad, Ogos 21, 2011


Fuh!!! Semut ingatkan dia main - main je tadi. Rupanya, betul - betul dia nak cari pasal dengan Askar. Berani betul Si Mat Sabun ni.

Sejak jadi Timbalan Presiden PAS ni, semua orang dia nak buat pasal. Malah dia siap bagi Amaran lagi dekat Panglima Angkatan Tentera Malaysia ni.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi amaran kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin agar tidak dijadikan alat politik, sambil mengingatkan beliau bahawa pasukan pertahanan berkhidmat atas perintah Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berhenti daripada mengheret angkatan tentera ke dalam politik.
Kelmarin, Zulkifeli, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menyangkal dakwaan empat bekas tentera baru-baru ini bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.
Zulkifeli berkata, dakwaan itu ditafsirkan sebagai pengkhianatan dan terdapat pihak tertentu cuba untuk memecahbelahkan ATM sebagai satu-satunya badan ketenteraan bersenjata di negara ini.
Katanya, proses pengundian dilaksanakan ATM adalah bersih, telus dan profesional tanpa ada unsur campurtangan kepimpinan ATM.
“Sehubungan itu, ATM bersetuju melaksanakan proses pengundian awal, proses pengundian itu sama seperti pengundi awam tapi ia akan dilaksanakan di dalam kem dan lebih awal dari tarikh pilihan raya umum.
“Proses pengundian dan pengendalian peti undi turut disaksikan wakil parti yang bertanding serta pemerhati bebas,” kata beliau.
Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini, empat bekas anggota tentera membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan.
Kesemua mereka mengaku telah diarahkan mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.
Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tidak wajar bagi sebarang penjelasan, jika pun diperlukan, datang daripada jeneral-jeneral secara terus.
“Ia seharusnya datang daripada Menteri Pertahanan, seharusnya Menteri Pertahanan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Menteri Pertahanan.
“Atau SPR,” kata beliau.
“Jika angkatan tentera terlibat, ia boleh membawa kepada perkara buruk, pasukan tentera akan mengambil pendirian memihak,” kata Mohamad lagi.
Ps: Kita tengok, sejauh mana keberani Si Mat Sabun ni bila Jeneral tu balas balik kenyataan dia nanti. Jangan sampai dia terkencing dalam seluar sudah la.

Dengan Polis hari tu pun dia dah ketar lutut sampai tak jadi nak saman. Ini ada hati nak bagi amaran pada Tentera pulak? Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping