Ahad, Ogos 21, 2011


Dah banyak kali dah Semut pesan, kalau nak buat satu - satu benda tu fikir dulu. Jangan main buat ikut suka hati je.

Nak pulak dalam keadaan sekarang ni. Pantang silap sikit, semua benda nak dibantah, semua benda nak kena kecam. 

Tapi, tahan lagi la bila diorang sedar dengan kesilapan yang diorang buat dan cepat - cepat mintak maaf. Daripada dah buat salah, kantoi menipu terang - terang, lepas tu buat dek je.

Ala, macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu la. Diorang bila bercakap, sampai nak runtuh gunung ganang dibuatnya. Lepas tu, buat dakwaan macam  - macam.

Tapi bila dibuktikan yang diorang tu menipu, ada diorang nak mintak maaf? Tak adanya de. Diorang buat badak je. Maklum la, jenis manusia muka tembok. Mana ada rasa malu bila buat salah, ye tak!!!

PETALING JAYA: Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah.
Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.
"Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.
"Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Paparan iklan promosi raya yang menunjukkan gambar Nurul berpakaian seksi.
Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.
"Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.
"Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook," jelasnya.
Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.
Nurul kini berada di Sandakan, Sabah, bagi menghadiri sebuah sidang perniagaan. - Sumber mStar Online.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping