"Hmm...Aku Sendiri Pun Musykil. Apa Yang Aku Buat Pagi Tadi???" |
Apa yang berlaku pagi tadi? Sepanjang yang Semut tahu, apa yang berlaku pagi tadi adalah sambungan kepada sesi perbicaraan kes Si Ketua Penipu tu di mahkamah.
Jadi, apa yang membuatkan semua rakyat Malaysia ni jadi bingung pagi tadi? Dah tentu la diorang bingung dengan perangai Si Ketua Penipu tu.
Sepatutnya, pagi tadi adalah pembelaan bagi kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Bekas Pembantu Khasnya, Mohd Saiful Bukhari.
Maknanya, pagi tadi, Si Ketua Penipu tu perlu membela diri dia dengan melampirkan beberapa bukti yang sah bahawa dia benar - benar tidak meliwat Mohd Saiful.
Maka, memang itulah yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu pagi tadi. Tapi dia memilih jalan yang paling tak selamat dengan membuat pembelaan dari kandang tertuduh.
Dengan membuat kenyataan dari kandang tersebut, Si Ketua Penipu tu telah menghalang pihak Pendakwa untuk menyoal balas kenyataan yang dibuat.
Si Ketua Penipu tu pun apa lagi. Dia guna la peluang tu sebaik yang mungkin untuk membuat dakwaan terhadap Hakim, Mohd Saiful serta pihak mahkamah.
Tak ketinggalan juga dia turut membuat tuduhan dan dakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan juga Tun Dr. Mahathir.
Kononnya, kata Si Anugay tu, semua dakwaan yag dibuat terhadap dia dalam kes tersebut hanyalah konspirasi jahat untuk menjatuhkan kredibiliti dia.
Itu la benda yang membingungkan rakyat Malaysia sebenarnya. Si Ketua Penipu tu sebenarnya nak buat pembelaan atau bagi ceramah Politik?
Dia ingat kandang tertuduh tu tempat untuk dia bagi ceramah Politik ke? Ke dia tak sedar yang dia masa tu berada dalam mahkamah?
Dah la dia takut nak angkat sumpah mubahalah, takut pulak nak bagi DNA kepada mahkamah. Nak angkat sumpah dalam kandang saksi dimahkamah pun dia takut jugak?
Dah sah la Si Ketua Penipu tu memang seorang pengecut. Jangankan nak jadi Perdana Menteri, nak jadi pemimpin pun dia tak layak.
Dasar manusia penakut. Dah berani buat tapi tak berani tanggung. Pemimpin meda kejadahnya kalau macam tu. Ceit!!! Pigidah!!!
Ps: Esok Semut sambung lagi memberikan info terkini mengenai kes Si Ketua Penipu ni dari masa ke semasa. Itu pun kalau tak de aral melintang. Jadi, tungguuuu....
Ps: Esok Semut sambung lagi memberikan info terkini mengenai kes Si Ketua Penipu ni dari masa ke semasa. Itu pun kalau tak de aral melintang. Jadi, tungguuuu....
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.