Sabtu, Ogos 06, 2011


Ini la masalahnya bila diorang asyik lena dibuai mimpi indah oleh Si Ketua Penipu tu. Sekarang baru nak sedar diri.

Padahal satu dunia dah tahu yang Si Anugay tu memang kuat menipu. Tapi bila orang cakap, diorang tak nak dengar.

Itu la masalahnya bila bercakap dengan orang yang pekak tuli ni. Dah la pekak, buat bodoh sombong pulak tu. Macam dia je yang bagus. Sekarang, Baru Padan Dengan Muka Diorang!!!
KUALA LUMPUR 5 Ogos – Tindakan pembangkang mencari alternatif Ketua Pembangkang yang baru menunjukkan mereka telah sedar siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebenar.
Saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali berkata, tidak mustahil Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar.
“Tidak mustahil ia berlaku kerana pada pengalaman saya, satu gelombang baru kini wujud dalam pembangkang apabila mereka sebenarnya mahu mencari ketua yang baru,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas desas-desus pembangkang yang cuba 'memikat' Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, baru-baru ini.
Ummi Hafilda yang juga adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau sendiri amat terkejut dengan perubahan penyokong pembangkang apabila mereka datang berjumpa dengannya bagi mengetahui sikap Anwar yang sebenar.
“Perkembangan ini saya lihat sebagai satu desakan di peringkat bawah kepada pemimpin di atas supaya mencari pemimpin yang boleh dipercayai,” katanya.
Malah, katanya, beliau turut didatangi oleh salah seorang ahli keluarga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendengar sendiri cerita daripadanya mengenai Anwar.
“Setelah mendengar penjelasan saya, dia kesal kerana sikap Nik Abdul Aziz yang masih mahu menerima dan bersekongkol dengan Anwar,” katanya.
Ummi Hafilda berkata, sudah tiba masanya bagi Pas ‘meninggalkan’ Anwar memandangkan telah banyak rahsia demi rahsia mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan skandalnya terbongkar.
Katanya, penyokong pembangkang juga sudah mula muak dengan Anwar yang sentiasa mahu berdolak-dalik dengan isu-isu yang dihadapinya terutama kes liwat yang belum selesai di mahkamah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping