Sabtu, Ogos 06, 2011


Memang kotoran degil!!! Jadi mungkin sebab itu la Si Nurul Izzah ni kena pakai Clorox untuk membersihkan nama Papa dia yang kian tercemar pada ketika ini.

Tapi, masalahnya, dia tak sedar yang buat kotor tu bukan orang lain. Sebaliknya Papa dia sendiri yang mencalit kekotoran tu pada diri dia sendiri.

Disebabkan dia tak sedar diri, maka sebab itu la dia buat cerita kata Datuk Seri Najib dan datin Seri Rosmah takut nak hadirkan diri ke Mahkamah.

Apa, dia tak baca ke laporan yang dikeluarkan sebelum ni? Kan Datuk Najib serta isterinya dah kata, mereka akan hadir jika disapina oleh Mahkamah?

Habis, kenapa Si Nurul Izzah ni masih nak kata yang PM berdolak dalih untuk mengelakkan mereka hadir ke Mahkamah?
KUALA LUMPUR:  Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu hadir ke mahkamah dalam kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Izzah berkata,  Najib dan Rosmah perlu berbuat demikian bagi membersihkan nama mereka yang terpalit sebagai dalang dan konspirator dalam kes berkenaan.
“Seharusnya tidak ada masalah untuk datang ke mahkamah, kemukakan dan bagi bukti. Pada saya, kalau boleh jumpa si pengadu sebelum kes berlangsung, takkan tidak (boleh jadi saksi) , lebih-lebih lagi tampil di mahkamah untuk kemukakan keterangan,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Ditanya sekiranya Najib dan Rosmah berdolak dalik untuk tidak hadir ke mahkamah, beliau menyifatkan tindakan itu sememangnya sinonim dengan karektor pemimpin BN.
“Dolak-dalik adalah perkara yang konsisten di bawah kerajaan Barisan Nasional, saya tidak begitu optimis, tapi saya mengharapkan  respon positif daripada Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui selepas  sidang media dengan Persatuan Komuniti Peniaga Brickfields (BBCS) . - KeldaianDaily
Yang sepatutnya membersihkan nama sekarang ni ialah Papa dia sendiri. Dia perlu hadir ke Mahkamah dengan keterangan dan bukti yang sah bagi menafikan tuduhan.

Sebelum ni pun, peluang untuk membersihkan nama Si Ketua Penipu tu dalam kes liwat dia terhadap Saiful dah terbentang luas. Tunggu dia je nak ambik tindakan yang betul.

Tapi, kenapa dia takut? Apa yang susah sangat nak bagi sampel DNA dia untuk dibuat perbandingan dengan DNA Lelaki Y yang ditemui dalam rektum Saiful?

Kenapa perlu panggil 15 untuk ditemu ramah? Kenapa tak terus panggil mereka hadir dan memberi keterangan didalam Mahkamah?

Nampak sangat diorang ni dah kering idea untuk menolak dakwaan yang sedang dihadapi oleh Si Ketua Penipu tu didalam mahkamah sebenarnya.

Maka sebab itu la diorang cuba nak mengaitkan nama Perdana Menteri didalam kes tersebut. Bukan kita tak tau. Kerja diorang menipu je. Itu je yang diorang tau buat pun!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping