Jumaat, Ogos 12, 2011


Kali ni, bertambah - tambah la gagap Si Khalid Gagap tu nampak gayanya bila DYMM Tuanku Sultan Selangor dah mula bertitah.

Walaupun titah Tuanku itu disampaikan secara menyeluruh, tetapi ia turut menunjukkan isyarat bahawa Tuanku juga turut menyokong tindakan JAIS.

Jadi, apa lagi yang Si Khalid Gagap serta kembar siamnya, Si Khalid Gereja mampu nak kata selepas ini? Ada lagi ke pihak yang berani derhaka dengan Sultan mereka selepas ini?

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini mengingatkan ahli jawatankuasa masjid di negeri itu supaya sentiasa peka dengan perkembangan ajaran sesat yang boleh memesongkan akidah umat Islam. 
Baginda bertitah, jika terdapat perkara yang mencurigakan, ia hendaklah dilaporkan segera kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut.
"Beta tidak mahu unsur-unsur ajaran sesat ini berlaku dan berkembang di negeri ini," titah baginda ketika merasmikan Masjid Seri Melati di Gombak.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 400 orang yang terdiri daripada fakir miskin, anak yatim dan saudara baru sebelum berbuka puasa dengan penduduk setempat. 
Sultan Sharafuddin juga mengulangi titah baginda agar masjid tidak dijadikan gelanggang politik yang boleh memecah-belahkan perpaduan ummah. 
"Masjid adalah satu-satunya tempat yang paling sesuai untuk menyatupadukan umat Islam dan seterusnya meninggikan lagi syiar Islam di negara ini," titah baginda. 
Sultan Selangor meminta anggota jawatankuasa masjid di negeri berkhidmat dengan jujur, bertanggungjawab dan bekerjasama memakmurkan rumah Allah itu menerusi program yang memberi manafaat kepada seluruh kariah. 
Masjid Seri Melati yang asalnya Surau Al-Ikhlas, mula dibina pada 1997 dan siap pada 15 Oktober 1999 dengan kos RM4.4 juta. 
Masjid itu mula digunakan pada 2000. - BERNAMA 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping