Rabu, Ogos 24, 2011


Perbicaraan kes liwat Si Ketua Penipu terhadap Bekas pembantu Khasnya disambung lagi hari ini dan dimulakan dengan Dr. Wells untuk disoal balas oleh pihak Pendakwaan.

Terlebih dahulu, Dr. Wells menafikan bahawa kenyataan beliau semalam adalah secara spekulatif apabila disoal oleh pihak Pembelaan.

Peguam Pendakwa, Mohd Yosuf menunjukkan kepada Doktor Wells laporan Polis yang dibuat oleh Mohd Saiful yang boleh dijadikan rujukan kepada kronoligi kes ini.

Walaupun Dr. Wells tidak memahami bahasa Melayu tetapi dia bersetuju dengan kenyataan tersebut dan boleh dijadikan sebagai rujukan.
Wells: Dr needs to find out if force or violence occured, medical history of complainant eg chronic bowel issues or surgery scar.
Dr. Wells menyatakan bahawa borang Polis mempunyai kekurangan dalam beberapa soalan, seperti berlakunya paksaan atau keganasan dan diskripsi mengenainya untuk pemeriksaan.

Mohd Yusuf bertanya, adakah dengan berbuat demikian, ianya sudah mencukupi, Dr. Wells menjawab tidak.

Mohd Yusof kemudiannya bertanya, adakah dengan membuat laporan tambahan secara terperinci, ianya akan menjejaskan interpetrasi? Dr. Wells menjawab tidak.

Mohd Yusof juga turut menegaskan bahawa para doktor yang ada di Malaysia dan yang membuat pemeriksaan tersebut telah melakukan perkara yang sama seperti yang disebut oleh Dr. Wells.

Mereka, katanya, telah merekodkan semua hasil yang ditemui didalam rekod perubatan. Beliau juga turut menjelaskan kenyataan Dr. Siew bahawa laporan rogol tidak sesuai dengan kes ini.

Namun Dr. Wells tetap bertegas bahawa seorang doktor akan tetap mengisi borang proforma dengan lengkap.
Mohd Yusof: Have you had ever made reports different from the notes that you recorded? Dr Wells says yes.
Mohd Yusof kemudiannya merujuk kepada laporan spesimen yang telah diambil namun Dr. Wells menyatakan bahawa tidak semua spesimen tersebut adalah relevan.

Kenapa hanya beberapa bahagian sahaja yang perlu diambil sampel? Jelas Dr. Wells, ianya adalah untuk mengenalpasti sama ada terdapat DNA ditempat yang mempunyai kaitan.

Sekiranya laporan merujuk kepada penemuan klinikal, bagaimana pula dengan spesimen yang dihantar untuk dianalisis?

Dr. Wells menjelaskan bahawa ianya tidak akan memberi sebarang kesan kepada penemuan medikal kerana ianya adalah laporan daripada makmal.

Siapa yang dapat memastikan bahawa berlakunya penetrasi? Ahli Saintis yang bertanggungjawab, kata Dr. Wells.

Mohd Yusof juga turut menyoal sekiranya semen ditemui dibahagian rektal, adakah ia bermaksud ada berlaku penetrasi? Dr. Wells menjawab ya.

Kes berhenti rehat seketika. Bersambung lagi sebentar nanti.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping