Sabtu, September 17, 2011


KUALA LUMPUR, 16 Sept - Gerakan Mansuh ISA (GMI) menuntut kerajaan membayar pampasan kepada tahanan-tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, yang terpaksa berhadapan dengan penganiayaan dan penyeksaan ketika ditahan tanpa perbicaraan.
Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kerajaan bukan sewajarnya hanya mengambil kira pertimbangan kewangan, tetapi juga perlu membayar pampasan ke atas apa jua kesan psikologi dan emosi dialami oleh mereka yang ditahan di bawah ISA.
"Kesemua mangsa ISA harus dibayar gratuiti yang sewajarnya kepada mereka yang ditahan dan anggota keluarga mereka," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Malah beliau juga menuntut agar pihak-pihak yang terbabit dalam kerja-kerja menyeksa dan menganiaya tahanan ISA dihadapkan di mahkamah.
GMI mengadakan kempen perhimpunan menuntut ISA dimansuhkan di ibu negara pada 2009.

Ps: Belum apa - apa lagi, diorang dah buat tuntutan yang bukan - bukan. Tapi apa nak heran. Diorang memang suka buat benda - benda yang tak masuk akal macam ni.

Cuma, rakyat nak tahu, Apa jawapan pihak Kerajaan mengenai perkara ni? Takkan diorang nak penuhi tuntutan ni kot. Apa - apa pun, kita tunggu respon dari Kerajaan.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Opp lalang bawah undang undang yang baru lak. OK ???

    BalasPadam
  2. semua orang nak masuk ISA, pas tu keluar,saman kerajan juta-juta,,fuh kayo koa..cam ni..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping