Sabtu, September 17, 2011


Kalau hari tu, Semut dah paparkan cabaran Tuan Ibrahim terhadap Mat Syabun agar menyahut cabaran berdebat mengenai sejarah Negara.

Maka kali ini, Si Mat Syabun tu dah tak de alasan lagi untuk menolak cabaran dari seorang bekas Polis untuk berdebat mengenai Komunis di Malaysia ni.

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Seorang bekas pegawai polis yang pernah bertempur dengan pasukan komunis, hari ini mencabar Mohamad Sabu untuk berdebat berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas itu sebelum ini yang mengiktiraf komunis dalam tragedi Bukit Kepong pada tahun 1950 sebagai hero sebenar.
Datuk Yahya Hashim, 60, yang pernah berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) pada tahun 1969, menganggap kenyataan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti mereka yang telah berjuang demi negara.
Yahya yang pernah terlibat dalam kejadian komunis melempar bom ke arah kem PPH di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur pada tahun 1975 berkata, mereka menentang komunis bukan untuk diri sendiri, sebaliknya demi mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.
"Mat Sabu ketika itu entah berada di mana dan orang seperti kamilah yang berjuang untuk nikmat yang dikecapi hari ini, namun dia secara biadab mengeluarkan kenyataan yang sukar untuk kami terima.
"Oleh itu, hari ini, saya mencabar dia berdepan dengan bekas anggota PPH. Jika dia mahu kami berjumpa di tempatnya pun kami sanggup turun untuk berdebat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Yahya berkata, beliau tidak menafikan sekiranya kenyataan Mat Sabu itu dikeluarkan ketika zaman darurat, pemimpin itu mungkin ditembak pejuang negara.
"Kenyataan itu membuktikan bahawa rakyat harus menolaknya seperti mana harus menolak Pas," katanya.
Kalau dia berani nak cabar Tan Sri Muhyiddin Yassin, takkan dia tak berani nak sahut cabaran orang lain kot. Ke dia je yang boleh cabar orang, tapi orang tak boleh cabar dia?

Jangan la buat perangai Pondan Mat Syabun oi! Cabar orang pandai. Tapi bila dicabar, dia jadi penakut pulak. Apa barang jadi pejuang tapi takut dengan cabaran ni.

Ini ke perangai pemimpin yang puak - puak Parti Angguk Saja tu bagi gelaran sebagai Singa? Tak macam singa pun. Macam kucing takutkan tikus ada la. Pejuang Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Ps: Diberitakan bahawa jam 10 pagi nanti ada satu pendedahan menarik. Pendedahan apa pulak ni ye? Dengar kata, ianya ada kaitan dengan Si Ketua Penipu tu. Sama - sama la kita nantikan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping