Banyak sangat menipu, dah terbelit - belit lidah sendiri. Apa lagi yang dia nak kata sedangkan apa yang diucapkan tu keluar dari mulut dia sendiri?
Meh baca apa yang dikeluarkan oleh Si Biawak tu sebagai respon terhadap kemurkaan DYMM Tuanku Sultan Johor baru -baru ni:
Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.
Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.
Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.
Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.
Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.
Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.
Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia.
Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.
Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.
Hah! Memang sah. Dia sendiri pun tak tahu apa yang dia ucapkan dalam perjumpaan tertutup tu. Kalau tidak, apa kejadahnya pulak dia nak cari pita rakaman tersebut?
Kurang ajar pulak. Mulanya ber'Patik' - 'Patik'. Lepas tu ber'saya' - 'saya' je. Memang dasar orang tak tau hormat betul la Biawak Komunis ni.
Dah nampak sangat yang Si Biawak Guan Eng ni terbelit dengan lidah dia sendiri. Maklum la, biawak. Lidah dia kan bercabang - cabang.
Jadi tak mustahil la kalau dia bercakap pun berbelit - belit!!! Kan tak pasal - pasal je dah kantoi diri sendiri. Baru Padan Muka Dia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.