Hakikatnya, ramai yang agak terkejut bila dengar pengumuman Perdana Menteri melalui perutusan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia malam tadi.
Nak pulak bila diorang dengar isu pasal ISA akan dimansuhkan dimasa akan datang. Pada mulanya, Semut pun rasa ianya memang tak wajar dilakukan.
Bagi Semut, Akta Keselamatan Dalam Negeri itu perlu dikekalkan dan tidak perlu dimansuhkan seratus peratus.
Hanya itu saja alternatif yang ada bagi pihak Kerajaan untuk kekang gerakan subversif. Kalau tidak, bagaimana lagi Negara mampu menghadapi situasi tersebut dimasa akan datang?
Penjelasan mengenai isu ini telah diberikan dimana Negara pada ketika ini dilihat sudah semakin aman, maka sebab itu Akta tersebut perlu dimansuhkan.
Tambahan pula, katanya, ISA ini merupakan penahanan tanpa sebarang perbicaraan dan ianya hanya sesuai pada ketika ianya dilaksanakan. (Kalau tak silap sekitar tahun 1960an).
Tetapi, menurut kata beberapa orang rakan Semut semalam, langit tak selalunya cerah. Rumput tak selalunya basah.
Pepatah itu sahaja sudah cukup untuk mengambarkan pendirian mereka mengenai perkara ini. Kalau masa bercinta, semuanya indah belaka. Lepas kawin, kenapa bercerai berai?
Itu pulak perumpamaan yang diberikan oleh mereka. Maknanya, adakah keamanan Negara pada ketika ini diyakini mampu bertahan?
Namun, walau apa pun, tindakan Datuk Seri Najib lakukan semalam cukup berani. Dan yang paling puas hati sekali bila perkara tersebut diumumkan ialah puak - puak Pembangkang.
Ianya umpama lesen emas yang diberikan kepada mereka diatas dulang emas juga. Tak heran jika selepas ini tragedi rusuhan 1998 bakal berulang kembali.
Dan semua itu mungkin berlaku. Tambahan pulak bila PM kata nak kaji semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
Kalau itu pun dimansuhkan juga, Semut sendiri pun tak tau la nak kata apa. Cuma satu perkara je la Semut nak pesan.
Lepas ni, kalau ada risalah, buku, akhbar dan segala bentuk propaganda mula berlegar dikalangan rakyat yang memburuk - burukkan pemimpin Kerajaan, jangan salahkan orang lain.
Dah la yang sebelum ni pun masih tak terjawab. Datang pulak yang baru nanti, siapa yang susah? Siapa yang nak jawab? Itu sendiri kena ingat la ye. Semut pesan je...
tol tu semut. ada kemungkinan akan keluar akta baru menggantikan ISA..tapi jangan risau,, pasal akta percetakkan tu,, mungkin xakan dapat 2/3 majority.. akta tu penting ooo... leh huru hara jadinya. rakyat ni dah la senang terpedaya. hehe
BalasPadamBagi hamba "... langit tak selalunya cerah. Rumput tak selalunya basah..." itu kini diungkapkan adalah sebagai menandakan bahawa mereka sedang merayakan kemenangan. Kerana kini geng merekalah bagi mereka yang berjaya mencorak pemikiran semasa.
BalasPadamNamun bagi hamba pula hamba kata buatlah apa pun asal betul dan selamat. Inshaallah.
Semuga undang undang gantian itu lebih bijak dan berupaya serta mampu digunakan untuk menyelamatkan. Inshaallah.
Betul itu bukan satu.
Yang betul pun tidak semestinya menjadi betul kalau terlalu banyak persoalan dan gaduhnya.
Semuga tetap betul.
Inshaallah.
Apalah sangat akta ISA tu..andai tiada akta tersebutpun, siapa yang buat kacau dalam negara pasti di lokap polis juga tempatnya. Kalau lah akta tersebut benar2 berkesan Mat Sabu dah banyak kali dah kena tahan dibawah akta tersebut tapi bila keluar dok sembang loqlaq lagu tu la..jugak. Hangpa semua ni terlalu banyak sangat andaian macam budak2 takut hantu.
BalasPadam