Rabu, September 07, 2011

Sorang Kuat Korek Hidung Vs Sorang Kuat Menung
Ai!!! Lain macam betul perangai Si Khalid Gereja ni ye. Ada saja benda yang tak kena diantara dia dengan Datuk Dr. Hassan Ali tu ye.

Sejak dari dulu lagi, hubungan diantara kedua - dua pemimpin PAS ni memang tak berapa baik dan sentiasa bercanggah dalam membuat sebarang keputusan.

Dulu, dalam isu larangan penjualan arak di sekitar kawasan penduduk yang majoritinya Islam di Shah Alam, Si Khalid Gereja ni jugak yang mula - mula buat bantahan dari PAS.

Kemudian isu mengenai larangan Muslim bekerja dikawasan premis yang menjual arak pun macam tu jugak. Dia tak sokong pun cadangan Dr. Hassan Ali.

Lepas tu dia buat hal pulak bila Datuk Dr. Hassan Ali menyokong tindakan JAIS memeriksa sebuah yang dikatakan ada kaitan dengan agenda Murtad.

Nampak gayanya, dendam dia dengan Dr. Hassan Ali ni masih tak padam - padam lagi walau pun dia berjaya menyingkirkan Hassan Ali dari kerusi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Dari sumber yang Semut dengar, Khalid Gereja dalam diam nak menuduh Datuk Dr. Hassan Ali sebagai punca kepada tindakan yang diambil oleh JAIS terhadap dirinya.

Kata sumber tersebut, Khalid Gereja ni cuba mengaitkan dakwaan JAIS dengan Hassan Ali  kerana ianya turut melibatkan Pesuruhjaya PAS Negeri yang baru iaitu Dr. Rani Othman.

Kedua - duanya didakwa telah melanggar Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor kerana memberi ceramah tanpa sebarang tauliah dari pihak Negeri.

Sama ada sumber yang Semut terima ni betul atau tidak, itu tidak pasti. Yang nyatanya, Si Khalid Gereja tu memang ada dendam kesumat didalam hati terhadap Datuk Dr. Hassan Ali.

Jadi tak mustahil lansung kalau kita kata yang Si Khalid Gereja ni memang akan mengaitkan Datuk Dr. Hassan Ali dengan kes dia dan JAIS.

Kalau sumber tu betul, korang tengok la sendiri. Punya la busuk hati Si Khalid Gereja ni sampaikan rakan seperjuangan dia sendiri pun nak dituduhnya yang bukan - bukan. 

Inikan pulak pihak yang tak ada kena mengena dengan dia. Lagi la dia berani buat dakwaan yang entah apa - apa. Orang macam tu ke nak memperjuangkan Islam?

Cermin la diri tu sikit. Cuba bandingkan diri sendiri tu dulu sebelum dia nak kutuk - kutuk orang. Tinggi mana sangat ilmu agama dia kalau nak dibandingkan dengan Hassan Ali?

Kalau setakat ilmu agama pun lebih kurang je dengan Mat Syabun, tak payah la nak mendabik dada kata diri tu pejuang Islam. Buat malu je Khalid Gereja oi!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping