Semut ingat lagi pesan orang tua - tua kata, kalau kita beria - ia nak sangat satu - satu benda tu, boleh sampai bawak mengigau dalam tidur.
Jadi tak pelik la kalau Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni boleh termimpi - mimpikan Si Mat Syabun tu sebab dia memang nak sangat ke Mat Syabun Komunis ni.
Nak bukan dalam ertikata lain. Nak ajak berdebat. Tapi nak buat macam mana. Si Mat Syabun tu Penakut. Buat malu je orang panggil dia 'Singa PAS'. Badan je besar, tapi penakut. Ceit!!! Pigidah!!!
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Meskipun Mohamad Sabu enggan berdebat dengan Khairy Jamaluddin, namun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tetap mendesak Timbalan Presiden Pas tersebut supaya menyahut cabarannya.Katanya, 'kebaculan' Mohamad atau Mat Sabu membuktikan pemimpin Pas itu hanya gemar 'mengacah' tanpa menunjukkan keikhlasan terhadap apa jua perkara terutama yang melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara.Beliau baru menerima e-mel daripada Kerajaan Pas Kelantan memaklumkan debat antara beliau dan Mat Sabu dibatalkan kerana Timbalan Presiden Pas itu enggan berdebat dengannya."Saya tidak mahu Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad mahupun Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat."Apa kurangnya saya? Saya Naib Presiden Biro Politik UMNO, saya berpengalaman berdebat dengan ramai pemimpin Pas seperti Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Khalid sebelum ini."Kesimpulannya, Pas sebenarnya telah panik setelah cabaran parti tersebut terhadap saya disahut dengan hati yang terbuka. Tanggapan Pas yang UMNO hanya akan berdiam diri telah tersasar jauh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.Kerajaan Pas Kelantan semalam mengesahkan telah menghantar jemputan rasmi kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk berdebat berhubung isu tragedi serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong.Namun, hari ini Mat Sabu menolak debat tersebut dan bertindak mencabar pula Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdebat dengannya atas alasan Timbalan Presiden UMNO itu terlalu kerap mengkritiknya berbanding Khairy setelah isu tersebut didedahkan pada 26 Ogos lalu.Sebelum itu, Khalid dan Suhaizan turut menawarkan diri bagi menggantikan Mat Sabu untuk meneruskan perdebatan tersebut.Jelas Khairy, strategi terkini Pas itu menggambarkan seolah-olah parti tersebut tidak mahu menegakkan 'kebenaran' yang dicanangkan mereka terutama cadangan untuk menulis semula sejarah negara ini.Justeru, tambahnya, program Pentas Patriot bagi menghargai dan mengenang jasa wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas-pulas mempertahankan kedaulatan dan maruah negara akan tetap diteruskan."Saya mahu rakyat sendiri buat kesimpulan. Kita lihat siapa yang beria-ia mahu menegakkan kebenaran ataupun mahu menutup kesalahan mereka sendiri," ujarnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.