Patut La Pintu Berkunci. Mat Syabun Ni Tengah Tido Kat Dalam!!! |
Huh!!! Sia - sia je la puak - puak Parti Angguk Saja tu mengangkat Mat Syabun ni menjadi Timbalan Presiden parti diorang.
Dah jelas sangat yang Mat Syabun ni apa pun tak boleh buat. Nama gelaran je 'Singa PAS'. Rupanya, dia lagi hamPAS dari kucing kurap kat Pekeliling.
Dah kena tangkap khalwat, dia pusingnya cerita. Kantoi pulak menipu dalam isu Perhimpunan Bersih. Nak saman Polis konon. Tapi, sampai hari ni, haram pulak nak dibuatnya.
Nak suruh dia saman Utusan? Hahaha... Lagi la dia takut sebab apa yang dijelaskan dalam video tu dah memang cukup jelas.
Lepas tu ada hati pulak dia nak cabar orang berdebat mengenai sejarah Kemerdekaan Negara. Bila disahut, dia takut pulak. Macam - macam la alasan dia bagi.
Sekarang ni, nak dibagi surat bantahan pun dia takut sampaikan pintu Pejabat pun kena kunci? Singa menda kejadahnya kalau macam tu?
Kalau bercakap, bukan main la handalnya. Sampai boleh runtuh bumbung khemah dibuatnya. Nak bagi surat pun suruh selit bawah pintu? Memang tak boleh harap betul la dia ni.
Macam tu ke jenis pemimpin yang nak diharapkan memperjuangkan Islam di Negara ni? Kalau ye, alamat, makin jahanam la Negara kalau macam tu.
Apa la malang nasib orang PAS ni ye? Dapat pemimpin pun tak de telur. Baik kerat dia punya, kasi anjing makan la!!!
KUALA LUMPUR 8 Sept. - Kira-kira 100 ahli tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bekas anggota pasukan keselamatan kecewa selepas gagal menyerahkan surat bantahan kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung kenyataannya dalam tragedi Bukit Kepong, di ibu pejabat parti itu, di Jalan Raja Laut di sini hari ini.Mereka yang terdiri daripada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu gagal menyerahkan surat tersebut selepas pihak pengurusan bertindak mengunci pintu pejabat parti tersebut.Mereka hadir pukul 11.30 pagi dengan diawasi seramai 20 anggota polis.Presiden PBPM, Shafie Bakri berkata, tindakan parti itu telah merendahkan dan menghina maruah bekas anggota pasukan keselamatan yang telah berkhidmat dalam mempertahankan keselamatan dan ketenteraman negara.Katanya, malah tindakan pihak berkenaan menutup pintu dianggap sebagai pengecut."Salah seorang kakitangan pejabat Pas hanya mengarahkan surat tersebut dimasukkan melalui bawah pintu pejabat yang berkunci."Kita datang sebagai orang awam untuk menyatakan ketidakpuasan hati mengenai kenyataan Mat Sabu dan serah surat bantahan, bukannya kami bawa peluru," katanya ketika ditemui di sini hari ini.Turut serta bekas anggota dan pegawai tentera yang pernah bertempur dengan pengganas komunis.Shafie yang enggan menyerahkan surat itu melalui bawah pintu, memberi jaminan akan kembali dan membawa lebih ramai anggota veteran pasukan keselamatan negara bagi meluahkan perasaan mereka.Dalam pada itu, antara isi kandungan surat bantahan tersebut adalah mendesak Mat Sabu meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden dan mengkaji semula kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.