Jumaat, September 02, 2011


Memang masak kari la Si Mat Syabun tu kali ni. Dah makin banyak pulak dah laporan Polis yang dibuat terhadap dia sejak kebelakangan ni.

Agak - agak, lepas ni dia nak saman pulak ke orang yang buat laporan Polis terhadap dia? Bukan apa. Dia kan pantang kalau orang suka menyalahkan dia itu ini.

Hari tu, Polis pun nak disamannya sebab kantoi dia menipu. Lepas tu dia nak saman Utusan sebab kontoikan dia menyokong Komunis.

Jadi, adakah dia akan turut mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat laporan Polis sejak akhir - akhir ni? Nah, baca email yang dihantar kepada Semut tengahari tadi:

Mat Sabu Buta Sejarah

Demikian ungkapan yang tertera disalah satu sepanduk yang dibawa oleh barisan kepimpinan UMNO Bahagian Bentong ketika berarak menuju ke Balai Polis awal pagi tadi.

Seramai lebih kurang 20 orang daripada kepimpinan yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri muncul di Ibupejabat Polis Daerah Bentong untuk membuat laporan Polis.

Ianya berikutan kenyataan didalam ceramah yang dianjurkan oleh PAS di Tasek Gelugor dimana Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah menghina bekas anggota keselamatan yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong pada tahun 1951.

Mat Sabu juga turut menjulang nama Mohamad Indera, seorang lelaki Melayu yang bersekongkol dengan pihak komunis sebagai 'Hero' walaupun mereka telah membunuh anggota - anggota keselamatan serta keluarga mereka dengan kejam.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Haji Mohamad Zaini Bin Haji Salleh, tindakan seumpama itu dianggap sebagai satu penghinaan kepada seluruh rakyat termasuk ahli - ahli UMNO sendiri.

"Dengan melabelkan Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman sebagai bukan pejuang kemerdekaan sebenar merupakan satu tindakan yang sengaja dilakukan bagi memutar belitkan fakta sejarah.

Tindakan sedemikian telah menimbulkan kesedihan dan kemarahan dikalangan rakyat terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang boleh dianggap sebagai buta sejarah," kata beliau ketika ditemui selepas laporan dibuat.

Tambah Datuk Haji Mohamad Zaini lagi, pejuang Kemerdekaan sebenar adalah merupakan anggota - anggota Keselamatan kita yang telah terkorban dalam tragedi tersebut dan bukanlah puak - puak Komunis itu sendiri.

"Maka dengan adanya laporan ini, pihak UMNO Bahagian Bentong berharap agar Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Peguam Negara dapat mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden PAS ni secepat mungkin."
Ps: Jadi, pihak yang 'tertentu' tu tunggu apa lagi. Laporan dah ada. Siasatan perlu dijalankan segera. Lagi cepat Si Mat Syabun ni merempat dalam ISA, lagi bagus.

Duduk kat luar ni pun, dia bukan tahu nak membantu rakyat. Yang dia taunya, tido dan menipu rakyat je. Yang lain, Apa Pun Tak Boleh!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping