Wah!!! Ini berita menarik ni. Dengar cerita, katanya Menteri Besar Kedah tu bakal disingkirkan tak berapa lama lagi.
Khabar angin yang bertiupan kencang ketika ini katanya berpunca dari percaturan dalaman PAS sendiri. Sebabnya ada pihak yang tak puas hati dengan Tok Jan.
Komplot tersebut dilakukan dengan mempergunakan tahap kesihatan Tok Jan yang dimasukkan ke IJN baru - baru ni.
Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.Namun, menurut sumber akhbar itu, Azizan tidak menerima baik cadangan berkenaan dan cuba membantah.Sumber itu juga berkata peralihan dipercayai akan berlangsung bulan depan supaya keputusan penting kerajaan negeri tidak ditangguhkan.
Ps: Herankan. Tok Jan baru sekali masuk Hospital, dah ada orang nak pertikaikan serta berkomplot nak menjatuhkan dia.
Yang Si Wali Terompah tu dok ulang - alik masuk Hospital, kenapa tak de pulak orang nak buat laporan mengenai dia?
Kenapa sampai hari ini, dia masih lagi dibenarkan untuk berkuasa di Kelantan? Ini ke yang dikatakan diorang sebagai Keadilan?
Mentang - mentang la Tok Jan tu 'mesra Kerajaan', ada je orang yang nak menjatuhkan dia ye. Tapi kalau Si Wali Terompah tu, sampai mati nak jadi Menteri Besar pun boleh!!!
walaupun aku ni UMNO tegar, tapi dlm banyak2x org PAS, Tok Jan adalah paling baik dan istimewa. dia tu bekerja pun mcm org duk puppet dia je. x kesian ke kat dia wahai PAS. cuba hangpa suruh Nikajis tu turun takhta. dah nyanyok dan mcm jadi "rumah" hantu je dia tu. buat kerja pun mcm bukan dia yg buat je.
BalasPadam