Isnin, September 05, 2011


Kita tengok, apa reaksi Si Mat Syabun tu bila dia baca laporan dibawah. Harap - harap dia tak ketar lutut sudah la. Jangan dia setakat GAH diatas pentas, bercakap sorang - sorang.

Maklum la. Si Mat Syabun ni bila bercakap, boleh runtuh bukit dibuatnya. Tapi bila dicabar suruh laksanakan satu - satu perkara, dia takut.

Tengok la macam mana dia kata nak saman Polis hari tu. Sampai sekarang, tak de pun dia ambik tindakan tu. Nak saman Utusan pun macam tu jugak.

Orang semua dah habis beraya, dia masih jugak tak mengambil tindakan memfailkan saman terhadap laporan akhbar tersebut. Itu yang diorang kata 'Singa' PAS???

Singa menda kejadahnya kalau jenis penakut macam tu. Dah macam kucing kat Jalan Pekeliling yang takutkan tikus dah nampak gayanya. Badan je besar, tapi hati kalah tikus.

Ini dah kena cabar dek Ketua Pemuda UMNO, jangan dia nak bagi alasan yang bukan - bukan. Jangan dia pura - pura tido pulak!!!
KUALA LUMPUR, 5 Sept — Khairy Jamaluddin menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno ini berkata beliau telah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.
“Saya akan berada di sana,” kata Khairy menerusi mesej Twitter semalam sambil menambah, jemputaan untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PAS itu sudah pun diterima.
Salinan jemputan yang diperoleh The Malaysian Insider menyebut debat itu akan berlangsung di Balai Islam, Kota Baru akhir bulan ini.
Meskipun surat itu mengatakan bahawa pentadbiran Kelantan masih membuat persiapan untuk membawa Mohamad berdebat dengan Khairy, Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau mahu berhadapan dengannya.
“Tidak perlu mencari lokasi berkecuali. Sarang singa anda. Jumpa di sana, Mat Sabu,” kata Khairy lagi menerusi Twitter.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. si tenuk mat syabu tu tau pasal sejarah. dia belajar sejarah, faham siapa itu Komunis. mustahil orang melayu yang lahir di tanah melayu tak tau tentang sejarah tanah airnya, cuma dia sajer jer nak test tengok reaksi orang melayu dan pihak kerajaan.. apa yang dia orang boleh buat? dah habis raya... dah berpuluh laporan di buat..dah berapa banyak protes.. tak ader apa pun tindakan KDN?... tu laaa lama2 jadi sejuk balik...yang untung mat syabu.. dia SUDAH POPULAR!!!! INI OLANG MANYAK FEMOSS LOOO!

    BalasPadam
  2. Bila mat sabu ni cerite pasal mat indera ni, terfikir pula kes Al-Maunah yang derhaka beberapa tahun lalu..... ada persamaan

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping