Isnin, September 05, 2011


ALOR SETAR 4 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui beliau tidak mengikuti isu membabitkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Pulau Pinang bulan lalu.

Justeru beliau enggan mengulas mengenai isu tersebut yang telah membangkitkan bantahan pelbagai pihak yang mahu Mohamad menarik balik kenyataannya dalam menyokong serangan pengganas komunis di Bukit Kepong.

Menurut Azizan, biarlah pakar sejarah berbahas dengan Timbalan Presiden Pas itu mengenai perkara tersebut kerana percaya Mohamad mempunyai alasan untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mahu komen sebab saya pun tak baca apa yang dia kata dan tak dengar apa dia kata. Apa faktanya itu, biarlah ahli sejarah debat dengan dialah," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini hari ini.


Ps: Kalau korang nak tau, ini la sebab kenapa Haji Hadi marah sangat dengan Tok Jan. Bukan sebab Tok Jan sihat atau tidak!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Apa yang MB Kedah tu tau!!! semua hal tak tau!! yang dia tau muntah kedarah aja le!! Walau apa pun cadangan MB Kedah tu bagus jugak suruh Mat Sabu berdebat dengan Ahli Sejarah Negara. Kalau boleh biarlah perdebatan tu dibuat secara langsung di mana-mana siaran TV negara itu pun jika Kerajaan BN berani siarkan.

    BalasPadam
  2. Bangang dan bingai punya MB. Ni Datok, hang tolong tonton filem perang bertajuk 'U571', apa kejadah akan jadi kalau ketua asyik dok jawab ' you think i know all the things?, i dont know". Haprak punmya MB. Bingai

    BalasPadam
  3. Saya rasa YAB Dato Seri MB tahu, cuma dia tak setuju dengan Mat Sabu. Itulah jawapan politiknya. Dato MB ini bekas orang akademik jadi pendekatan dia tak sama dengan Mat Sabu. Tentang kelemahan semua orang ada kelemahan cuma ukurannya dia ni lebih baik daripada MB2 Kedah sebelum ni sebab UMNO Kedah dulu tak mahu terima orang-orang Universiti bergiat dalam parti terutama di peringkat akar umbi, takut terjejas kedudukan mereka yang kurang kelulusan. Sebab tulah dulu saya masuk PAS.

    Bekas Ahli Usrah PAS Kedah

    Bekas Ahli Usrah PAS Kedah

    BalasPadam
  4. demi periuk nasi....kebenaran tolak tepi....politik..politik...low class...........

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping