KUALA LUMPUR 5 Sept. – Pas kini bukan sahaja diterajui oleh pemimpin yang cakap tidak serupa bikin malah ternyata semakin ‘syok sendiri’ apabila terbukti mengutamakan kepentingan diri lebih daripada segala-galanya.
Sambil merujuk kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kedua-kedua pemimpin Pas itu ternyata terlalu sayangkan jawatan Menteri Besar mereka sekarang.
“Terbukti kepentingan peribadi pemimpin Pas kini lebih daripada segala-galanya. Mulut cakap lain, hati lain. Kita lihat Azizan dakwa beliau sihat dan tidak perlu letak jawatan. Anehnya Menteri Besar Kedah ini jadi doktor pada dirinya sendiri. Begitu sayangnya beliau pada jawatan itu.
“Begitu juga dengan Menteri Besar Kelantan (Nik Abdul Aziz) yang keluar masuk hospital. Sudah lebih 21 tahun jadi Menteri Besar, masih juga mahu kekal dan akan bertanding lagi, ikut kata Husam (Datuk Husam Musa).
“Pendek kata bila dapat jawatan susah mahu lepas, sebesar mana serban sekali pun. Inilah sikap pemimpin yang cakap tidak serupa bikin. Tidak hairanlah ayat-ayat suci al-Quran jadi modal dan umpan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai keengganan dua Menteri Besar Pas dari Kelantan dan Kedah yang sehingga kini enggan melepaskan jawatan mereka walaupun semakin kerap dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, ternyata Nik Abdul Aziz dan Azizan setanding dengan bekas-bekas Presiden negara luar seperti Mesir, Tunisia dan Yemen.
“Kalau macam Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi boleh tahan sebab ada perjuangan lawan kuasa besar, tetapi dua orang Menteri Besar ini sayangkan pangkat dan gaji lebih daripada kepentingan rakyat dan negeri.
“MCA pun sudah tetap, setakat lapan tahun sahaja. Pas tidak ada had, tidak kisah sama ada tua, sakit, otak sudah tidak mampu berfungsi masih lagi mahu berpolitik dan mempertahankan jawatan disandang.
“Warna-warni politik Pas kini semakin terserlah, rakyat ketawa dan mereka (pemimpin Pas) semakin syok sendiri,” katanya.
Ps: Bukan setakat dua orang Menteri Besar PAS tu je yang suka berkhayal dan syok sendiri. Pemimpin diorang yang lain pun sama jugak.
Tengok je la Si Mat Syabun tu. Dia pun kuat jugak berkhayal sampai dia sendiri lupa apa yang dicakapkan dalam ceramah dia sendiri.
Semuanya gara - gara dia kuat makan pil khayal kot. Takkan pun dia kuat makan pil Wala'. Itu pasal la dia kuat tido. Entah berapa papan dah yang dia telan gamaknya. Tak pelik la kalau dia bercakap pun merapu je memanjang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.