Hari tu dia dah buat hal. Kali ini dia mengamuk pulak? Baca kenyataan penuh Menteri Besar Pahang ni terhadap puak - puak Parti Angguk Saja tu terlebih dahulu:
BENTONG – Pemimpin pembangkang diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan bukan-bukan termasuk mempertikai sejarah negara semata-mata untuk meraih undi dalam pilihan raya umum akan datang.Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Negeri, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, pemimpin Pas disifatkan sebagai mengada-ngada kerana sanggup mengeluarkan kenyataan mempertikai sejarah demi meraih sokongan orang Cina.Menurutnya, ketika perjuangan menentang komunis pada masa dahulu, bukan sahaja anggota keselamatan dan orang Melayu sahaja terkorban tetapi juga orang Cina.“Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai Chin Peng turut membunuh orang cina di bandar dan tauke estet terdiri dari orang Inggeris.“Dalam hal ini, orang cina perlu tahu peristiwa Bukit Kepong yang berlaku sebelum ini menyebabkan wujudnya kampung baru,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Bentong dekat sini.Adnan yang juga Menteri Besar berkata, kenyataan Mat Sabu yang mempertikai peranan anggota keselamatan yang berjuang pada masa itu disifatkan sebagai kenyataan dari pembelot.Menurutnya, jika kita mahu menulis sejarah atau memperkatakan sejarah tanpa mengubah fakta itu tidak mengapa, tetapi jangan sesekali mengubah fakta.“Jangan semata-mata kerana politik, ada pihak yang mengeluarkan kenyataan mempertikaikan sejarah dan ingin menulis sejarah berpandukan selera masing-masing,” katanya.Beliau berkata, ahli UMNO dan Barisan Nasional perlu bersatu untuk memperbetulkan kenyataan dikeluarkan oleh Mat Sabu itu yang nyata tidak benar.Pada 21 Ogos lalu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dalam satu ceramahnya di Pulau Pinang telah menganggap Parti Komunis Malaya (PKM) yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga dalam tragedi Bukit Kepong pada tahun 1950 adalah pejuang sebenar.
Ps: Nak buat macam mana Dato Sri. Kalau dah Mat Syabun ni memang jenis orang yang buta, tunjuk la kat dia apa pun. Dia bukannya nampak pun.
Dia bukan sahaja buta mata, tapi buta hati. Sebab tu la puak - puak Pakatan Pembangkang ni suka tolak Kebenaran!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.