Khamis, September 08, 2011

"ISA kan Mat Syabun Ni!!!"
Banyak dah desakan yang Semut dengar keluhan dan luahan hati dikalangan rakyat Malaysia hari ini mengenai tindakan pihak tertentu bila laporan dibuat.

Mulanya hari tu, ada orang kata, diorang tak faham sistem. Jadi meh kita jelaskan mengenai sistem yang ada di Malaysia ni.

Setiap laporan Polis yang dibuat perlu dibuka kertas siasatan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia. Selepas kertas siasatan dibuat dan difailkan, ia akan diserahkan kepada Pendakwa Raya.

Bila tiba dimeja pendakwa raya, ianya adalah tugas Peguam Negara untuk menentukan sama ada perlu buat dakwaan atau tidak.

Jadi dalam kes Mat Syabun ni, pihak Polis dah siap buat kerja diorang. Sekarang tiba giliran Peguam Negara pulak untuk ambik tindakan selanjutnya.

Pesanan Semut, jangan la pihak Peguam Negara menghampakan hasrat rakyat yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap Mat Syabun tu.

Sebab diorang cintakan keamanan Negara la, maka laporan Polis tu dibuat. Kalau tidak, menda jadahnya diorang mengabihkan masa buat laporan tu semua?

Jangan jadi macam laporan Bersih tempoh hari. Dah terang - terang diorang langgar perintah Mahkamah, tapi tindakan tak diambil jugak.

Kalau setakat ada perintah Mahkamah, tapi tak de tindakan yang diambil, apa kejadahnya diorang keluarkan perintah tersebut? Buat mengabihkan masa je!!!

GEORGE TOWN: Polis menyiapkan kertas siasatan terhadap Mohamad Sabu berhubung kenyataannya mendakwa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara. 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata kertas siasatan itu dihantar ke Bukit Aman hari ini untuk diteliti dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.
Katanya, polis mengambil keterangan daripada Timbalan Presiden PAS, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, itu pada Ahad lalu.
"Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan dan sama ada beliau akan didakwa atau tidak, ia bergantung kepada Pejabat Pendakwa Raya," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini. 
Beliau berkata, Mohamad Sabu turut disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat. 
Sehingga semalam, sebanyak 266 laporan polis terhadap Mat Sabu diterima di seluruh negara, kata Ayub. 
Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, dipetik sebagai berkata, pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara. 
Beliau enggan menarik balik kenyataannya dalam ceramah itu walaupun diminta berbuat demikian oleh pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya yang juga Pengerusi DAP, Karpal Singh. - BERNAMA 
Ps: Hari tu, tuju ke KDN ada orang salahkan AG yang tak ambik tindakan. Sekarang, AG nak tuju ke sapa la pulak gamaknya yek?


AG pun kena ingat. Slogan Kerajaan, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Jadi dahulukan suara rakyat, jangan sampai rakyat bosan.

Kalau nak ikut suara rakyat, sumbat je Mat Syabun ni dalam lokap, lepas tu buang kunci dalam laut. Baru Padan Muka Dia!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Karpal Singh pengerusi DAP kangkung..Mohd Sabu dah nyanyuk dah

    BalasPadam
  2. Kalau PAS memerintah malaysia banyak lah perkara pelik akan berlaku. Antara nya, semua rakyat malaysia boleh tukar pasangan. Bini Hang pun Bini Aku, Bini Aku pun Bini Hang Jugak. Lagi Syok la kalau macam tu.. Mat Sabu boleh tukar bini ngan Anwar.

    BalasPadam
  3. Kepada Pemimpin Pekak Badak dan Pemimpin Bahalol dari PAS. Tolong Rujuk semula Kitab MUTIARA karangan Sheikh Abdul Kadir. Jika nak bekerjasama dengan Kafir Harbi dalam apa jua Masalah yang berkaitan memerintah Negara. Dulu PAS dok usung Kitab tersebut kesana kesini bagi tau kat orang UMNO kata haram Hukum nya dan jadi Kafir jika bersatu dan bekerjasama dengan Kafir. Tapi sekarang Pemimpin PAS dah sembunyi Kitab tersebut.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping