Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang terkorban di Somalia pada Jumaat lepas, dilindungi dua polisi insurans yang diambil oleh Bernama, kata Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman hari ini.
"Semua petugas Bernama dilindungi dua polisi insurans -- insurans hayat dan dan insurans kemalangan diri yang terpakai di seluruh dunia," kata beliau sebagai respons kepada spekulasi yang tersebar dalam internet bahawa Allahyarham Noramfaizul tidak dilindungi insurans semasa menjalankan tugasan terakhirnya itu.
Selain itu, Kelab Putra 1Malaysia turut mengambil polisi insurans kelompok kepada kesemua 55 anggota misi bantuan kemanusiaan ke Somalia.
Abdul Rahman berkata, Bernama akan turut menghulurkan segala sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh keluarga llahyarham.- Bernama
Ni komen Rais Yatim Pula!
Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di Somalia tidak dilindungi oleh insurans khas kerana Allahyarham bertugas atas dasar urusan kerja biasa dan kesukarelaan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.
Menurut Rais, beliau berharap insiden yang menimpa jurukamera itu akan dijadikan iktibar oleh semua pihak termasuk kedutaan dan penganjur misi agar melakukan kajian yang teliti bagi mengetahui kedudukan terkini keadaan di sesuatu lokasi sebelum menghantar sukarelawan.
“Kita juga mahu mengkaji prosedur pada masa depan di mana kita perlu menyoal (pihak penganjur) sama ada seseorang petugas yang menyertai misi amal mendapat perlindungan undang-undang dan insurans.
“Petugas media tersebut juga perlu menandatangani dokumen tertentu supaya penglibatan mereka dalam misi kesukarelaan diketahui ahli keluarga,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Beliau berkata, kepentingan peserta sesuatu misi kesukarelaan perlu dilihat dengan lebih teliti supaya mereka tidak terperangkap dalam keadaan yang tidak bersedia.
“Saya pernah menyuarakan bahawa misi ke Somalia bukan misi biasa seperti ke Australia dan Jepun sebelum ini. Somalia berada dalam kancah pergolakan dan penuh dengan peristiwa tidak menentu,” katanya.
Tambah Rais, kementeriannya akan meneliti bantuan sesuai yang boleh diberikan kepada ahli keluarga Noramfaizul.
Ps: Agak - agak korang, diantara dua kenyataan tu, yang mana satu boleh dipercayai? Korang fikir la sendiri!!!
kalau tak dilindungi insurans pun . kerajaan seharusnya dan patut memberikan pampasan yang banyak dan membantu keluarga allahyarham dalam menjalani kehidupan yang mendatang , ini sahaja caranya untuk membalas jasa beliau , tanpe menyuruh bantuan sudahpun datang mencurah .. yang nyatanya pembangkang tak buat apa-apa, hanya mempoltikkan kematian allahyarham dan mempermainkan keluarga beliau dan yang paling teruk sekali pembangkang yang jelasnya terdiri daripada peguam dan kononnya golongan profesional mengherdik misi bantuan ini sungguh hina bagaikan hati binatang pembangkang ini !
BalasPadam- sam
Ia adalh mati sahid yang sebenar, mati demi tugas yang diamanahkan untuk dirinya, bukan mati mengikuti perarakan BERSHIT yang diharamkan kerajaan ....!!
BalasPadamalfatihah untuk allahyarham!!
anon 9.04, kalau mati masa bershit, mati katak ke?
BalasPadam