Rabu, September 14, 2011


Dalam kehangatan puak - puak Pembangkang yang bangang tu dok menyokong Komunis, diorang cuba mengubah haluan dengan membuat dakwaan yang berlainan pulak.

Sebagai penegak benang yang basah puak - puak Parti Angguk Saja tu turut menyokong kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mat Syabun mengenai tragedi Bukit Kepong.

Kata Mat Syabun, anggota - anggota keselamatan yang mati dibunuh dengan kejam oleh Komunis itu sebelum ini adalah merupakan anggota keselamatan British.

Maka puas la dikompang satu Malaysia mengenai UMNO yang dikaitkan dengan penjajahan British pada ketika itu.

Secara tidak sedar, puak - puak PAS itu sendiri telah membuka pekung didada mereka sendiri apa bila sejarah mereka juga turut dipertikaikan.

Jika ikut rentetan sejarah asal, PAS telah ditubuhkan selepas Tuan Haji Ahmad Fuad GAGAL memenangi pemilihan Yang DiPertua UMNO pada tahun 1951.

Kalau diorang nak kata UMNO ni sebuah parti yang disokong oleh British, siapa pulak yang meluluskan PAS pada tahun tersebut jika bukan pihak British juga?

Maka tidak salah la dakwaan bahawa PAS juga merupakan Barua British kerana mereka juga turut didaftarkan sewaktu British masih berkuasa di Malaya pada ketika itu.

Persoalan yang paling kritikal dan tidak mampu dijelaskan oleh PAS ialah mengenai ikon perjuangan mereka iaitu Dr, Burhanudin Hilmi.

Kata puak - puak Parti Angguk Saja tu, Dr. Burhanuddin Hilmi merupakan pejuang Kemerdekaan yang sebenar yang menentang British secara terang - terangan.

Jadi, Semut nak tanya satu soalan kepada mereka sebelum mereka nak bangga dengan pejuang Kemerdekaan mereka ini.

Siapa yang bagi dia gelaran Doktrait sehingga dia dikenali sebagai DOKTOR Burhanuddin Hilmi jika bukan pihak British?

Jika diimbau kembali sejarah, dia merupakan bekas pelajar Universiti Aligrah, New Delhi, India dalam bidang Falsafah dan Sastera. Universiti itu pun dibuka oleh pihak British.

Jadi, adakah ianya salah jika kita kata bahawa Dr. Burhanuddin Hilmi ini juga merupakan Barua British kerana dia mendapat pendidikan daripada pihak tersebut?

Sebab itu la orang kata. Jangan setakat tahu menilai kesalahan orang lain sahaja. Nanti terkena balik pada muka sendiri. 

Baca sejarah diorang dulu sebelum pandai - pandai nak mempertikaikan sejarah orang lain. Pepatah Melayu dah kata, jangan hanya nampak nyamuk diseberang lautan, Gajah depan mata diorang buat - buat buta pulak!!!

Ps: Biodata Dr. Burhanuddin Hilmi boleh dibaca disini.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. simple jerr hang punyerr andaian psl Dr. Burhanuddin Hilmi..syariat dan perjuangan nyerr cemana pulak??..cer buat andaian lg..kawan nak tau jugakk

    BalasPadam
  2. Syariat dan perjuangan dari segi apa yang Tuan nak tau? Dari segi agama? Adakah agama islam menganjurkan kita berperang bagi menuntut Kemerdekaan atau pembebasan dari penjajahan?

    Jawapannya, Tidak. Kerana dalam Islam, apa yang didahulukan adalah perundingan. Maka sebab itu dalam syariat agama, untuk menuntut Kemerdekaan diberi 3 syarat utama: Pertama, terima Islam. Kedua, Bayar jizyah.

    Andaikata dua syarat diatas tidak mahu diikuti setelah berkali - kali perundingan diadakan, maka baru syarat ketiga dipenuhi iaitu berperang.

    Jadi, adakah perjuangan Burhanuddin Hilmi ini mengikut syariat Islam?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping