Ahad, Oktober 22, 2017

Hari ini satu video yang menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir dan beberapa orang pengikutnya berdiri diseberang jalan masuk ke kawasan perindustrian MCKIP di Kuantan.

Didalam video yang turut dikongsikan melalui media sosial itu memaparkan bekas Perdana Menteri itu mengomel dan memperlekehkan usaha membina kawasan perindustrian tersebut.

Kawasan perindustrian MCKIP ni adalah merupakan hasil usahasama Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China untuk menambah pelaburan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat.

Secara tidak lansung, pembinaan kawasan perindustrian itu membuktikan kejayaan Malaysia menarik pelabur asing melabur di Malaysia khususnya dari negara besar seperti China.

Bahkan pembinaan kawasan perindustrian itu juga secara tidak lansung menafikan dakyah pembohongan yang disebarkan oleh puak Pakatan Haprak tu selama hari ini terhadap Kerajaan.

Mungkin sebab itu bekas Perdana Menteri itu mengomel panjang mengenai pembinaan kawasan perindustrian tersebut tanpa sedikit pun dia cuba mencari kebenaran mengenai projek tersebut.

Sebagai rekod, pembinaan kawasan perindustrian tu dah bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Bukan baru semalam projek tu dimulakan. Sebab tu pembinaan kawasan tu nampak cepat.

Tambahan pula pembinaan kawasan industri tu menggunakan teknologi terkini. Bukan diorang bina bangunan macam zaman Tun Mahathir dulu yang memerlukan masa yang panjang.

Secara logiknya, memang la diorang buat pagar tu panjang sebab tak nak bagi orang masuk. Nak pulak kawasan tu masih lagi dalam proses pembinaan. Mana boleh orang luar masuk sesuka hati.

Lagi pun, pernah tak kita tengok kawasan perindustrian yang takde berpagar? Sedangkan kilang Proton kebanggaan Tun Mahathir di Shah Alam tu pun mempunyai pagar yang panjang dan tinggi.

Soalnya, boleh ke orang luar yang takde kaitan keluar masuk kawasan kilang Proton tu sesuka hati? Kalau boleh, kenapa diorang letak pondok jaga didepan pintu masuk? Takkan sekadar nak buat perhiasan?

Kot selama hari ini pun, pernah ke ada yang pertikai bila Kerajaan buka kawasan perindustrian? Di Shah Alam dulu, pernah ke ada yang buat dakwaan macam Tun buat hari ni?

Pokok pangkalnya, tindakan bekas Perdana Menteri tu berdiri disebarang jalan dan diluar pagar sambil memberikan komen negatif terhadap projek tersebut sememangnya tak masuk akal.

Situasi itu sahaja sudah menunjukkan yang Tun Mahathir hanya membuat dakwaan berdasarkan apa yang dia nampak dan dia dengar sahaja. Bukannya apa yang dia benar - benar tau secara mendalam mengenai projek pembinaan kawasan perindustrian MCKIP tu sendiri!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Hari2 buat tomahan buat fitnah walau pun dah kerepot. Nanti sempat ke nak minta maaf dan bertaubat. Islam ape name nya Pak Chik ni.

    BalasPadam
  2. U re too old already..please do justice 2 yrself..ingat Allah selalu dan buat banyak ibadah sblum di jemput oleh ALLAH SWT.

    BalasPadam
  3. cukup2 lah citer pasal madey ni takut2 nanti ada org kahak kan muka dia pulak..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping