Ahad, September 11, 2011


Itu ayat Mat Syabun Penipu Komunis ketika memberikan ceramah malam semalam. Nampak gayanya, dia memang ada hati nak merayu simpati.

Bak kata orang, kalau dah terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata, buruk padahnya. Dan pepatah Melayu jugak kata, kerana mulut badan binasa.

Sekarang, buat apa lagi dia nak merengek - rengek kata dia pernah ditahan dalam ISA, dipenjara dan sebagainya? Itu semua nak merayu simpati je semata - mata.
“Saya dulu pernah ditahan ISA atas tuduhan pelampau agama, walaupun sudah lebih 30 tahun saya melalui jalan yang mendokong perjuangan Islam, bersama-sama mendokong kepimpinan ulama yang bermula pada 1983, berada di sini sehingga sekarang sebagai timbalan presiden, terus mendokong dasar Islam, tiba-tiba sekarang dituduh komunis... tak sedihkah? Jahat sungguh,” kata beliau.
Apa sebab dia kena tahan ISA kalau bukan sebab mulut dia jugak punya angkara? Nak kata dia pejuang agama? Setakat mana sangat ilmu agama yang dia ada?

Kalau sapa - sapa pernah pergi ceramah Si Mat Syabun ni, Semut nak tanya. Pernah ke dia bercerita pasal bab agama dalam ceramah dia?

Pernah ke dia menjelaskan hukum hakam agama menurut syariat Islam dalam ceramah - ceramah yang dia buat? 

Pernah ke dia jelaskan isi kandungan kitab kepada orang yang datang mendengar ceramah dia? Jawapannya, TAK PERNAH!!! 

Semua isi kandungan ceramah dia hanya mengenai Politik semata - mata. Jadi dia nak dabik dada kata dia pejuang agama menda kejadahnya. Dia pejuang Politik!!!

KONONnya, kata dia, antara sebab dia membangkitkan isu Bukit Kepong sebab sambutan bulan Kemerdekaan muram.
“Saya melihat makin tahun orang tak sambut hari Merdeka, saya dah bercakap hal ini 10 tahun kebelakangan ini, menjelang Hari Merdeka kawan-kawan dah boleh hafal apa yang saya mahu katakan. Cuma tahun ini cukup ketara, pemerintah melalui televisyen, radio dan akhbar menyuruh rakyat meletakkan bendera untuk tanam sifat patriotik sambut Merdeka, saya lihat tiada orang pun yang buat.
“Kenapa rakyat tidak sambut? Ini bukan pasal ucapan saya di Pulau Pinang, saya sebut perayaan Merdeka sudah jadi perayaan Umno, bukan perayaan rakyat Malaysia,” katanya.
Apa, dia tak sedar ke yang di Markas PAS sendiri pun tak pasang bendera Jalur Gemilang? Salah sapa diorang tak pasang bendera tu? Salah Kerajaan jugak ke?

Atau, adakah dia nak perli kepimpinan Kerajaan Pulau Pinang yang tak de semangat Patriotik dan tak pasang bendera sempena sambutan bulan Kemerdekaan?

Sedar la diri tu sikit Mat Syabun oi!!! Jangan asyik nampak nyamuk diseberang laut, tapi bangkai gajah depan mata, dia buat - buat tak nampak pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tanya MAt Sabu? Yang dalam talipon yang dok cakap bau,B**** tak basuh...tu siapa? Kalau bukan dia, suruh dia saman yang bawak cerita tu dalam internet...

    Lepas tu baru cakap bab dokong perjuangan Islam..oK?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping