Hari ini, katanya Si Ketua Penipu tu akan membentangkan 'Bajet' yang telah direncanakan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu di sidang Dewan Rakyat.
Ibarat hidung tak mancung, pipi tersororng - sorong, puak - puak Pakatan Pembangkang tu merasakan diri mereka sudah mempunyai kuasa mutlak.
Siapa yang bagi kuasa tu kepada mereka? Bukan rakyat, tetapi diri mereka sendiri. Dalam erti kata mudahnya, puak - puak ni sedang asyik 'berkhayal' dalam dunia mereka.
Mungkin sebab mereka dah terlebih hisap ganja agaknya sehingga menyebabkan mereka terasa diri mereka begitu besar.
Maka saranan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat ini perlu diambil kira ketika puak - puak Pakatan pembangkang tu ingin membentangkan 'bajet' tersebut nanti.
Kata Pak Berahim, rakyat perlu berhati - hati terhadap pembentangan bajet tahun depan yang dijangka menyaksikan sektor awam menikmati kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Tambah dia lagi, rakyat perlu melihat perbandingan diantara bajet 'ganja' yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang dengan bajet Kerajaan.
Rakyat juga perlu ingat. Selepas kesan 'ganja' tu hilang, semua yang diimpikan oleh mereka juga akan turut lenyap. Yang tinggal hanyalah pening kepala atau 'hang over' sahaja.
Turut menjadi sindiran Pak Berahim ialah mengenai janji Pilihan Raya Kecil yang masih belum tertunai - tunai sejak dari tahun 2008 yang lalu.
"Alangkah baiknya kalau pilihan raya boleh diadakan tiap-tiap tahun, sudah tentunya kesengsaraan mereka, yang terutamanya yang daripada sektor awam akibat tekanan hidup boleh dikurangkan dengan mendapat bonus dan kenaikan gaji tiap-tiap tahun,” sindirnya.“Diharap rakyat dapat sedar dan keluar daripada cycle (lingkaran) yang kejam yang muncul setiap kali musim pilihan raya bertambah dekat,” katanya lagi.
Itu dia tak maksudkan pihak Barisan Nasional sahaja ye. Jangan salah baca pulak. Ianya termasuk janji - janji yang ditabur oleh pihak Pakatan yang menang dalam PRK yang lalu.
Sampai hari ni, masih banyak lagi janji - janji yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu yang masih belum ditunaikan oleh mereka.
Kita jangan lupak yang Pak Berahim ni jugak mahu mempelopori Pelancongan Politik kerana bagi dia ianya mampu menarik minat pelancong luar.
Jadi tak heran la kalau dia nak sangat Pilihan Raya diadakan setiap tahun. Boleh la diorang 'berkhayal' dengan mimpi - mimpi indah penangan 'ganja' mereka sendiri!!!
Ps: Puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang tak boleh tengok kalau pihak Kerajaan nak melebih - lebihkan rakyat. Nanti nampak sangat la yang diorang ni tak buat kerja.
Tapi, dah memang itu pun hakikatnya. Diorang bukan buat kerja untuk rakyat pun. Kerja diorang menipu rakyat je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.