Selasa, Oktober 04, 2011

"Mana Aku Nak Pi Cari Modal Ni No???"

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini jelas memperlihatkan barisan pembangkang kehabisan modal untuk bermain politik apabila terus memainkan isu lama yang telah diambil tindakan oleh kerajaan.
Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, permainan politik pembangkang masih mundur dan gemar menggunakan politik sentimen seperti membangkitkan kembali isu perhimpunan haram Bersih dalam perbahasan mereka.
Menurutnya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membangkitkan tentang pilihan raya yang perlu diadakan selepas segala syor Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) diterima oleh kerajaan.
‘‘Pada peringkat awal penubuhan JTP, Anwar enggan menghantar wakil pembangkang untuk menyertainya.
‘‘Tetapi selepas tiada lagi isu yang boleh pembangkang mainkan, apatah lagi setelah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendak dihapuskan, barulah Anwar bersetuju turut serta dalam jawatankuasa tersebut,” katanya dalam entri terbaru di laman blognya di www.puadzarkashii.blogspot.com hari ini.
Nak kata bankrap, memang diorang dah bankrap. Jadi nak tak nak, Si Ketua Penipu tu kena la mintak pertolongan 'Ahlong' bagi membuat pinjaman.

Ianya akibat diorang semakin hilang 'Modal' untuk berpolitik dari segi bahan - bahn untuk terus mempertikaikan pihak Kerajaan.

Apa yang dinyatakan oleh Dr. Puad Zarkashi tu ada betulnya jugak. Kalau tidak sebelum ni, Si Anugay tu la yang beria - ia sangat menolak Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen.

Tup - tup semalam, tiba - tiba pulak dia umumkan nama - nama wakil Pakatan Pembangkang yang akan turut serta dalam JK tersebut.

Tak ke Retorik namanya tu? Tambah pulak bila dia dah songeh Pilihan Raya masih tak dibuat - buat lagi sampai hari ini.

Dulu dia bukan main konfiden lagi kata Pilihan Raya Umum akan dibuat pada bulan Jun. Lepas tu tukar pulak ke bulan Julai. Habis bulan Julai, kata dia pertengahan September.

Tapi ni dah masuk bulan Oktober dah. Mana janji dia kata Pilihan Raya Umum akan dibuat tu? Nampak sangat dah menipunya.

Jadi memang tak salah la kita bagi dia gelaran sebagai Ketua Penipu Rakyat. Dah memang itu je kerja dia. Bukan dia tau buat kerja lain pun!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping