Selasa, Oktober 04, 2011


Nampak gayanya, usaha Si Ketua Penipu tu untuk menjadikan alasan sakit tulang belakang dan kegagalan 'Anu'nya berfungsi sudah tidak relevan.

Malah, sejak dari awal lagi, kredibiliti Doktor yang merawat Si Ketua Penipu itu sudah menjadi persoalan dikalangan masyarakat.

Kalau 'Awang Import' dia sebelum ini pun GAGAL meyakinkan pihak Mahkamah, apa lagi yang mampu dibuat oleh Doktor sakit tulang belakang tersebut?

Ikuti pendedahan yang dibuat oleh seorang Doktor merangkap blogger mengenai perkara ini. Jangan kata Semut setakat pandai menceduk je ye.

MiM pernah menulis tentang biodata dan pencapaian Dr Thomas Hoogland, pakar bedah saraf dari Alpha Clinic yang telah menjalankan pembedahan endoscopic di tulang belakang Anwar Ibrahim.
Rujuk :- 1. GEMPAR ! Peguambela Anwar Ibrahim Bakal Gigit Jari Lagi !
Approach MiM apabila menulis artikel tersebut ialah untuk menimbulkan persoalan intergriti sama ada Dr Thomas Hoogland sanggup manipulasikan keterangan perubatan beliau semata-mata untuk memenangkan Anwar Ibrahim, jika ada.
Kerana itu MiM timbulkan isu prestasi dan statistik pesakit-pesakit yang berjaya sembuh hasil daripada kepakaran Dr Hoogland. Memang benar, Dr Hoogland dilihat berjaya di atas kertas dan statistik.
Persoalannya, jika Dr Hoogland berjaya di dalam bidang beliau, apakah beliau sanggup memberitahu mahkamah bahawa beliau gagal merawati dan menyembuhkan Anwar Ibrahim?
Apakah Dr Hoogland rela kredibiliti beliau dipersoalkan dan bakal menjadi buah mulut orang ramai?
Apakah beliau sanggup berdepan dengan mereka yang pada dulunya mahu mendapatkan rawatan daripada beliau tetapi tidak jadi dek 'kegagalan' beliau merawat Anwar Ibrahim?
Yang menariknya ialah isu intergriti dan kredibiliti di atas kertas Dr Hoogland tertempelak lagi apabila Unspinners mendedahkan isu intergriti dan kredibiliti ofis Dr Hoogland, Alpha Clinic yang diambil alih oleh syarikat lain!
Sebenarnya, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat 2 pusat tulang belakang (spinal centre) di Alpha Clinic, Munich, Germany. Dr Zeegers dan Dr Hoogland di satu pusat manakala Dr Dekkers di satu pusat yang lain.
Dr Dekkers telah dilucutkan lesen kedoktoran beliau kerana beberapa isu intergiriti seperti yang dinyatakan oleh Unspinners.
Akan tetapi, apabila isu ATOS Privatklinik Munchen mengambil alih Alpha Clinic, maka timbul intergriti boss-boss sebelum ini termasuk Dr Hoogland sendiri.
Dalam isu ini, kredibiliti Dr Hoogland boleh dipertikaikan , lebih-lebih lagi servis beliau adalah private institution yang mungkin terdedah dengan keuntungan wang melebihi segalanya! Tetapi MiM berharap ianya tidak terjadi demi nama baik profesyen kedoktoran.
Seperkara lagi, setiap pembedahan mempunyai komplikasi-komplikasinya yang tersendiri termasuklah pembedahan tulang belakang.
Tetapi apabila fasiliti tersebut tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk merawat komplikasi tersebut, fasiliti tersebut boleh dipersoalkan dan mungkin digantung lesen mereka. - Sumber MiM.

1 ulasan:

  1. kebenaran akan terbit dari penipuan...

    pejuang hamas...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping