Gambar Sekitar Karnival Jom Heboh Kelantan Petang Tadi |
Pelik. Semut semakin pelik dengan sikap dan pendirian puak - puak Parti Angguk Saja ni. Makin terserlah pulak sikap talam dua muka diorang sejak kebelakangan ni.
Terbaru, PAS dikawasan Temerloh nak membantah penganjuran karnival Gegaria yang dijadualkan hujung minggu ni.
TEMERLOH, 28 Oktober: PAS Kawasan Temerloh menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang mengizinkan konsert sempena Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) di Taman Awam Kubang Gajah di sini, bermula hari ini sehingga 30 Oktober ini.
Memorandum tersebut diserahkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Temerloh, Ahmad Zubir Omar kepada pihak MPT petang ini.
Menurut memorandum tersebut, konsert melibatkan artis seperti itu sudah terlalu acap diadakan di sini tanpa mengira keresahan penduduk serta acara yang dijalankan tidak langsung memberi kebaikan malah dikhuatiri memberi kesan negatif.
Menurut memorandum yang ditujukan kepada Yang Dipertua MPT itu, konsert tersebut bakal mencampur-adukkan remaja berlainan jantina bukan mahram yang sudah tentu mendedahkan kepada gejala kurang sihat seperti seks bebas, rogol, kecurian, minuman keras dan bertindak di luar sedar.
“Lokasi yang berhampiran dengan surau dan kawasan perumahan berdekatan dengan lokasi konsert tersebut pula bakal mengundang rasa tidak selesa, biadab, gangguan bunyi dan bakal mengganggu konsentrasi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
“Penganjuran aktiviti ini hanyalah mengundang kepada penularan gejala maksiat dan mungkar yang semakin berleluasa dan membarah di kalangan remaja, seolah-olah tiada rasa keprihatinan terhadap bala bencana yang menimpa negara-negara seluruh dunia dunia.
“Keizinan MPT menggambarkan persetujuan dan menggalakkan lagi gejala keruntuhan akhlak anak-anak muda tempatan pada masa akan datang kerana pada tahun ini sahaja sudah banyak aktiviti seumpama itu di situ. Sedangkan agensi kerajaan tidak boleh dilihat sebagai promoter kepada program maksiat.”
Apa yang peliknya ialah, PAS di Negeri Kelantan tak pulak membantah penganjuran Karnival Jom Heboh yang diadakan di Pasir putih Kelantan minggu ni?
Nampak sangat keizinan pihak Kerajaan negeri terhadap karnival seumpama itu turut menggambarkan persetujuan dan menggalakkan keruntuhan akhlak remaja.
Malah tambah memalukan ialah apabila rancangan Al - Kulliyah yang disiarkan secara lansung petang tadi hanya dihadiri oleh Persatuan Isteri - Isteri Polis (PERKAP) sahaja.
Mana perginya pengunjung - pengunjung lain? Kenapa mereka tak sama - sama memenuhi ruang kuliah tersebut padahal ianya program agama?
Inilah akibatnya kalau suka sangat nak mempertikaikan pasal orang lain. Akhirnya, bila kena pada batang hidung sendiri, tak nak mengaku pulak.
Adakah itu yang dikatakan sebagai menegakkan syiar Islam? Adakah itu yang dimaksudkan dengan Keadilan? Bila orang lain, pertikai. Bila diri sendiri, buat - buat buta la pulak!!!
dia orang bukan nak dengar Al-kulliya....dia orang nak dengar ceramah maki hamun,perbohongan,fitnah,itu pon ko tak tahu lagi...
BalasPadamorg temerloh memang bodoh. ketua depa org bekas Felda yg kuat pegi tablik kat indon. Anak2 dia pun sama. semua pakai jubah tapi bodoh.
BalasPadambetul ke gambar ni di ambil di Jom Heboh kat Kelantan? Ramai lagi awek2 yg x pakai tudung...guana ni Tok Guru??
BalasPadamnak pakai tudung???awek yang buat persembahan diatas pentas PAS pun nampak seluar dalamm..
BalasPadamInilah perangai puak munafik. Kenapa mereka tak pi hantar memorendum kat Tok Guru depa di Kelantan.
BalasPadam