Hehehe... Inilah padahnya kalau nak tunjuk bijak. Tapi akhirnya terkantoi jugak diri sendiri. Soalan mudah pun dia tak dapat jawab.
Kalau sebelum ini, Si Ryan Albrey ni beria - ia benar mengatakan yang pembinaan Kilang Lynas di Gebeng itu adalah satu langkah yang merbahaya.
Walaubagaimana pun, kenyataan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli yang juga pakar Nuklear menjelaskan sebaliknya.
Semut tertarik hati dengan hujah - hujah yang diberikan didalam laman Facebook GPMS Pahang dimana soalan yang mudah dapat memerangkap Si Ryan Albrey ini.
Soal salah seorang dari pengunjung laman tersebut ialah. Adakah kenyataan Dr. Che Rosli ini satu kenyataan yang salah atau tidak? Ryan menjawab SALAH.
Dengan kenyataan 'Salah' itu sahaja, membuktikan bahawa pemimpin - pemimpin PAS ni tak boleh dipercayai. Malah kenyataan seorang Pakar Nuklear pun tak boleh diguna pakai.
Dah jelas yang pemimpin - pemimpin PKR terutamanya di Pahang ni memang sudah tak percayakan PAS.
Mungkin sebab itulah PKR mahu 'Merampas' kawasan Parlimen Indera Mahkota daripada PAS dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Dan dari kenyataan itu juga, memberikan penjelasan yang PAS memang tak boleh pakai. Bukan orang UMNO atau BN yang cakap, tapi Ryan ni yang cakap. Hehehe...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.