Ahad, Oktober 16, 2011


KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe menggesa Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 demi kepentingan parti.
Tan yang membuat gesaan itu pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Wanita Gerakan di sini hari ini.
Bagaimanapun berkata Koh boleh terus memimpin parti pada pilihan raya umum ke-13 dan membuat keputusan tegas mengenai masa depan dan kelangsungan Gerakan.
Parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008. Turut kalah Koh yang merupakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti.
“Saya yakin beliau akan jadi lebih baik (sebagai pemimpin) jika tidak bertanding,” katanya kepada pemberita selepas penggulungan persidangan sayap tersebut.
Tan berkata Gerakan yang merekodkan prestasi buruk pada PRU 2008 memerlukan pemimpin yang berani dan teguh sekiranya mahu terus ‘hidup’ selepas pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga mendakwa suara akar umbi semakin lantang mengkritik kepimpinan parti, dan menambah Wanita turut bimbang jika tidak ada tindakan tegas diambil oleh pucuk pimpinan sekarang, Gerakan akan terus dimalukan pada pilihan raya umum akan datang.
Tan juga tidak bimbang kritikannya itu akan menyebabkan beliau tidak dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Gerik itu turut berkata semua pemimpin parti yang telah kehilangan sokongan harus berundur daripada bertanding agar tidak melemahkan lagi semangat parti ketika menghadapi pilihan raya umum.
“Ini untuk survival kita, saya mahu sampaikan mesej kepada mereka supaya berundur, supaya parti kita boleh bangkit semula,” katanya dipetik Bernama Online.
Ps: Apa la nasib Si TSK ni ye? Kalau dah Ketua Wanita dia sendiri pun tak nak kat dia, nak kata apa lagi? Sedar - sedar la diri tu sikit.

Sudah - sudah la gilakan kuasa ni. Bagi je la laluan pada orang lain. Takkan nak pegang jawatan sampai dah tua bangka kot? Jangan la jadi macam Si Wali Terompah tu pulak!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. MB KITA MACAM MANA? KENA UNDUR JUGA KE?

    BalasPadam
  2. Sebelum BN kalah di Pahang, lebih baiklah MB berundur secara terhormat. Tak lah dimalukan PRU 13.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping