Isnin, Oktober 24, 2011


Nampak gayanya, makin tergagap la Si Khalid Gagap tu lepas ni. Apa yang dia mampu buat hanyalah memutar belitkan fakta semata - mata.

Nak harapkan dia jelaskan mengenai kemana hilangnya duit sebanyak RM55juta ni? Jangan harap la. Dia lebih rela memperkudakan kakitangan Kerajaan untuk melarikan diri.

Soalnya sekarang, orang nak tahu, ke mana perginya duit sebanyak RM55juta tu. Apa yang dibuat, ke mana ianya dibelanjakan. Adakah ianya untuk rakyat?

Kalau setakat bercakap je, baik tak payah. Semua orang pun tahu buat benda tu. Orang sekarang nak tengok bukti. Bukan nak tengok air liur!!!
KUALA LUMPUR 21 Okt – Kerajaan Selangor tidak harus mendiamkan diri berhubung dakwaan salah tadbir geran wang kerajaan negeri sebanyak RM 55 juta kerana ia adalah milik rakyat yang seharusanya digunakan untuk tujuan penyelengaraan jalan dan kemudahan infrastuktur.
Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad berkata, sehingga kini Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan anggota exconya enggan menjawab terhadap yang dibuat olehnya baru-baru ini.
“Saya hairan sehingga kini, kerajaan negeri termasuk Menteri Besarnya masih mendiamkan diri mengenai perkara itu, wang berkenaan adalah milik rakyat dan tidak seharusnya digunakan untuk tujuan lain.
“Wang berkenaan adalah peruntukkan dari Kerajaan Pusat untuk kemudahan insfrastruktur di Selangor, tetapi apa yang saya diberitahu wang berkenaan telah disalurkan ke tempat lain,” katanya kepada UMNO-online.
Minggu lalu, Zin mendedahkan berhubung salah tadbir kerajaan negeri terhadap peruntukkan sebanyak RM55 daripada RM183 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk kemudahan infrastruktur.
Pengagihan peruntukkan itu adalah untuk kegunaan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Selangor dan pihak berkuasa tempatan, selepas dihitung perbelanjaannya, masih ada RM55 juta yang masih tidak digunakan dan ada laporan yang mengatakan wang berkenaan dimasukkan dalam tabung amanah kerajaan negeri.
“Jika benar apa yang didakwa itu tidak benar, Menteri Besar harus menafikan perkara itu, tetapi sehingga kini tiada sebarang maklumat yang diterima mengenai perkara itu, apa yang terjadi.
“Peruntukkan itu dari Kerajaan Pusat untuk rakyat yang disalurkan melalui agensi terbabit, wang berkenanan adalah duit rakyat. Peruntukkan yang diberi itu adalah tanggunjawab Kerajaan Pusat kepada rakyat walaupun Selangor diperintah pembangkang.
“Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai rakyat Selangor untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya.
Menurutnya, jika perkara itu berlaku kepada Kerajaan Pusat sudah pasti pembangkang akan menjadikan modal politiknya dan memperbesar-besarkan cerita itu untuk menimbulkan perasaan benci kepada Barisan Nasional. - MediaUMNO
Ps: Entah - entah, Si Khalid Gagap ni pun tak tau ke mana perginya duit sebanyak RM55juta tu. Tu pasal la dia buat alasan yang bukan - bukan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping