Selasa, Oktober 25, 2011


Timbalan Mursyidul Am PAS, Prof. Datuk Dr. Haron Din mahu kesemua Pemimpin PAS yang didakwa Pro Sekular agar menghentikan serta merta niat 'baik' mereka untuk meliberalkan dakwah Islam PAS. 

Liberalisasi yang dibawa puak berhaluan kiri PAS ini dilihat semakin mencemar imej dan maruah Parti tersebut dengan mengambil sikap keterbukaan yang melampau sehinggakan Perjuagan parti sendiri dipijak parti kawan makan lawan. 

Penentangan keras beberapa Pemimpin PAS terhadap Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) misalannya adalah 1 pendirian yang terpesong dari perjuangan parti yang sememangnya mahu akidah diletakkan sebagai landasan utama dalam perjuangan parti. 

"Tidak salah jika tidak mahu hadir ke Perjuangan itu. Akan tetapi menentang HIMPUN pada tahap yang melampau adalah salah kerana jelas matlamat utama HIMPUN adalah bagi mempertahankan kekuatan akidah ummah. 

Perkara ini mesti diperbetulkan kerana dikhuatiri akan memesongkan akidah penyokong2 Parti. Dalam erti kata lain, tidak seharusnya pihak mereka ini berkempen memboikot Perhimpunan sedemikian." 

Itu dakwa salah seorang anak murid Haron Din yang turut menjelaskan Pengasas Darul Syifa' itu turut kecewa dengan tindakan Pemimpin2 tersebut. 

Beliau merujuk tindakan Khalid Samad yang bersikap melampaui batasan kuasa politik sehinggakan menafikan dakwah yang membawa kebaikan kepada umat Islam. 

"Jangan pula disebabkan HIMPUN turut disertai Kumpulan yang tidak seteru dengan PAS, kita terus beranggapan HIMPUN 1 program yang tidak sihat. Yang salah kita kritik. Yang benar kita sokong dan pertahankan. 

Tidak kira ianya berkaitan ideologi politik ataupun sebaliknya. HIMPUN telah terbukti tidak menyebabkan berlakunya kekacauan malah berakhir dengan baik. 

Ini bermakna persepsi puak2 ini ternyata salah dan PAS sewajarnya tidak punyai masalah untuk turut bersama dalam Perhimpunan tersebut di masa akan datang" 

Menurut beliau yang juga bergiat aktif di dalam PAS Kawasan, puak2 Pro Sekular di dalam PAS dilihat terlalu menjaga kepentingan kerjasama Pakatan sehinggakan sanggup mengenepikan prinsip perjuangan Parti. 

Bagi beliau, kerjasama Pakatan tidak salah malah 1 strategi positif, namun dalam mengutarakan isu berkenaan Prinsip Perjuangan Islam, ianya tiada tolak ansur dan ketegasan mesti digunakan bagi memperlihatkan ketelusan dan konsisten dalam PAS. 

Haron Din juga katanya amat khuatir dengan perkembangan mutakhir politik dalaman Parti yang semakin berkecamuk dan tidak terkawal dalam mengejar kuasa mengatasi rujukan Piagam PAS. 

Khalid Samad sebelum ini dikatakan bakal mengepalai desakan agar seteru beliau di dalam PAS, Dr. Hasan Ali diambil tindakan oleh Jawankuasa Tertinggi Pakatan atas tindakan beliau menyertai HIMPUN yang menunjukkan rasa tidak hormat dengan pendirian Gabungan tersebut.

Ps: Nasihat Semut buat Si Khalid Gereja ni senang je. Baik dia pergi cari pistol, tembak je Datuk Dr. Hassan Ali tu lagi senang. Habis cerita.

Daripada dia nak buat dakwaan dan kecaman terhadap tindakan Hassan Ali, yang dah tentu - tentunya menyakitkan hati orang.

Kalau dia setakat cakap je nak memperjuangkan Islam tapi tak buat apa - apa, baik tak payah bercakap lansung. Buat menyusahkan orang je kerjanya!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Salam buat tuan dan semua.

    Molek benar artikel dalam blog tuan hari ini. Satu pandangan keterbukaan yang tidak tertakluk dalam kesempitan rangka politik assabiyah.

    Jika penyatuan dapat kita ujudkan tentunya musuh-musuh Islam tak semudah ini melaga kita.....sayangnya kita sering meneropong keburukan dari kebaikan sehinggakan andaian yang kita buat terlalu jauh dari ketepatan yang hakiki....walahualam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping