Sabtu, Oktober 08, 2011


Ishk!!! Apa kena dengan blogger - blogger Pro Pakatan Pembangkang ni ye? Asyik pulak diorang nak balun pemimpin diorang sendiri, kenapa?

Semalam, ada yang kata YB diorang ni 'Babi' sebab tak buat kerja. Hari ni pulak, diperlinya Kerajaan negeri Selangor pimpinan Si Khalid Gagap tu. Apa kes?

Kata Si Milo Sotong ni, ada seorang peniaga buah telah disekat mata pencariannya gara - gara tak menghadiri satu Majlis anjuran FAMA. Baca kat bawah ni:

Apa yang Semut difahamkan oleh pihak FAMA, peniaga ni diberi peluang untuk meluaskan lagi perniagaan mereka dari berniaga dipasar kepada perniagaan yang lebih domestik.

Maknanya, pihak FAMA nak tolong diorang ni mempromosikan perniagaan mereka melalui program yang dianjurkannya. Bukan sekali, tapi dah dua kali peniaga tu tak datang.

Tapi, disebabkan peniaga tu sendiri macam menolak tuah dan bagai tak menghargai bantuan yang FAMA berikan, maka dia digantung lesen selama sebulan.

Yang paling menarik sekali ialah, ada sumber yang bagitau Semut, Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Si Khalid Gagap tu lagi zalim. 

Bukan setakat lesen je dia tak bagi, malah tapak meniaga pun tak diluluskan lansung untuk peniaga - peniaga FAMA ni berniaga. 

Permohonan dah dibuat sejak awal mereka berkuasa lagi. Sampai sekarang, masih jugak tak diluluskan tapak tersebut sedangkan yang nak berniaga ni ramai tengah beratur.

Yang dia bagi pun hanya tapak dan lesen berniaga pasar malam dimana kebanyakkan 'Taukeh'nya bukan rakyat tempatan. Ada lesen tu pulak diberikan kepada kroni - kroni dia je.

Jadi yang mana lagi zalim, FAMA yang nak bantu rakyat tempatan berniaga atau Kerajaan Negeri Selangor yang tak bagi beribu - ribu orang berniaga di Negeri tersebut?

Persoalannya, adakah dia tak nak bantu peniaga - peniaga kecil ni berniaga atau dia tidak mengiktiraf mereka sebagai usahawan?

Kesimpulannya, jangan la Si Milo Sotong tu sekadar melihat nyamuk diseberang laut. Gajah yang mati depan mata tu, nak dibuat - buat lupa je ke? Jangan orang dah bagi susu, tuba pulak kita nak balas!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping