Ala, apa nak pelik dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang kalau tak derhaka, tak syok la. Tak de la 'thrill' jadi pembangkang.
Kalau tak derhaka, baik tak payah jadi Pembangkang. Dah nama pun pembangkang. Apa pun yang orang cakap, diorang kena la bantah. Mana boleh main terima je bulat - bulat.
Lepas tu pulak, diorang bukan kira siapa yang diorang bantah. Waima mak bapak sendiri pun diorang bantah jugak, walaupun apa yang dibantah tu tak betul.
Nak pulak buat portal rasmi puak - puak Pakatan Pembangkang, Meloyakini tu. Diorang pun kita dah tahu, Pro Yahudi. Jadi apa nak pelik?
Kalau nak pelik pun, kita pelik dengan 'Pakar' sorang ni yang bernama Aziz Bari. Nama je pakar, tapi bercakap macam orang tak de otak.
Itu pasal la ada orang berani bidas dia. Apa, dia ingat dia sorang je ke yang boleh bidas orang dan orang lain tak boleh bidas dia? Dia pun bukan 'Maksum' sangat!!! Ceit!!! Pigidah!!!
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membidas tindakan pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.Yang Dipertuannya, Azwandin Hamzah berkata, kenyataan itu menunjukkan Abdul Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan sebagai ketua agama Islam.Katanya, sultan bukan sahaja menegur tetapi mahu bertindak adil kepada kedua-dua pihak supaya tidak timbul ketegangan.''Saya rasa pandangan itu tidak ikhlas, silap dan mempunyai agenda peribadi untuk kepentingan beliau sendiri. Saya juga tidak menolak kemungkinan ia adalah agenda pihak tertentu yang ingin menggunakan beliau,'' katanya dihubungi, di sini, hari ini.Dalam kenyataan yang disiarkan oleh portal pro pembangkang Malaysiakini, Abdul Aziz dipetik berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja tersebut bukan sesuatu tindakan yang lazim.Menurut Abdul Aziz, sebagai ketua agama Islam negeri itu baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.Malahan beliau secara terbuka menyifatkan tindakan Sultan Selangor dilihat tidak konsisten.Sementara itu, pelbagai pihak turut membidas Malaysiakini kerana menyiarkan komen-komen yang mempertikaikan titah Sultan Selangor dalam isu berkenaan.Komen-komen pembaca tersebut dibuat bagi mengulas kenyataan Abdul Aziz.Melalui komen-komen yang disiarkan itu, terdapat pembaca yang mempertikaikan titah Sultan Selangor dengan menuduh baginda memihak kepada UMNO dalam membuat keputusan dan ada juga komen pembaca yang sanggup mempertikaikan kedudukan sultan sebagai ketua agama negeri yang dilantik.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.