Laporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.
Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.
Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai 206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.
Bagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.
Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.
Ini berlakuwalaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions Online Workflow Environment - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Sekiranya, maklumat kematian yang diterima daripada JPN tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power, satu laporan tidak sepadan dikeluarkan.
"Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power,” kata Laporan Ketua Audit Negara itu.
Ps: Kalau dapat dek puak - puak Pakatan Pembangkang tu, semua duit tu dah tentu diorang akan kira 'hangus' dan tak perlu dibayar balik.
Konon nak tunjuk la yang diorang ni bagus dan mendahulukan rakyat. Sama la dengan pinjaman PTPTN. Itu la janji diorang dalam agenda Buku JingGay.
Tapi setakat janji kosong je buat apa. Bila kena pada Kerajaan Barisan Nasional, macam - macam pulak tuduhan diorang buat.
Kerajaan tak bertanggungjawab la, lalai la, itu la, ini la. Banyak pulak dakwaan liar yang diorang lemparkan terhadap Kerajaan.
Nampak sangat la yang puak - puak Pakatan Haramjadah ni cakap pun terbelit - belit. Dasar lidah biawak belaka semuanya. Tak boleh pakai lansung.
Tak menipu rakyat sehari, tak boleh hidup gamaknya diorang ni. Tapi nak buat macam mana. Kalau tak menipu, tak de la orang panggil diorang ni Penipu Rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.