Ini satu persoalan yang masih lagi berlegar dalam kepala beberapa orang sahabat Semut. Persoalan itu cukup jelas untuk diajukan.
Adakah benar PAS merupakan parti Anti British atau mereka sekadar berpura - pura membenci British dalam masa yang sama turut menyokong mereka?
Kalau sebelum ni, diorang tuduh UMNO menjadi barua British dan membawa fahaman Nasionalisme dikalangan masyarakat Malaysia.
Jadi, sebab itulah persoalan itu timbul. Adakah hanya UMNO sahaja yang jadi Barua British sebelum mencapai Kemerdekaan ni sebenarnya?
Menjawab soalan tersebut, seorang sahabat Semut dengan mudah menjelaskannya. Pertama dia tanya balik, PAS tubuh tahun berapa?
Parti Islam Se-Malaya atau lebih dikenali sebagai PAS (Parti Angguk Saja) tubuh pada tahun 1951 selepas Tuan Haji Ahmad Fuad GAGAL dalam perjuangan Hisbul Muslimnya.
Tahun 1951, Kerajaan memerintah masih lagi British dan bukannya Kerajaan UMNO atau Perikatan. Maka siapa yang luluskan penubuhan PAS pada ketika itu?
Dah tentu la pihak British jugak yang meluluskannya. Atas dasar apa mereka benarkan PAS menjadi sebuah parti Politik? Sebab untuk memecah belahkan orang Melayu.
Jika orang Melayu berpecah belah, maka dengan mudah mereka dapat menakluki semula Tanah Melayu ini dikemudian hari.
Bagi mereka, dengan adanya dua parti Melayu seumpama ini, maka kerja tersebut akan menjadi lebih mudah untuk mereka. Itu baru satu.
Seterusnya, timbul pulak persoalan mengapa PAS dibenarkan dan tidak Hisbul Muslim? Kerana Hisbul Muslim merupakan gerakan Islam.
Manakala PAS pulak hanya merupakan sebuah Parti Politik yang mahukan kuasa memerintah sahaja. Mereka dilihat bukan mahu menegakkan syiar Islam sebenar.
Atas dasar itulah, maka pihak British membenarkan PAS ditubuhkan. Mungkin kenyataan itu sukar untuk diterima oleh puak - puak PAS pada hari ini, tapi itulah hakikatnya.
Maklum la. Diorang ni kan Anti Kebenaran. Apa sahaja yang Benar, akan tetap diorang tentang. Walaupun buktinya jelas.
Kata sahabat Semut tu lagi, jika benar PAS merupakan Anti British, kenapa sampai sekarang mereka masih menggunakan kedudukan British dalam parti mereka?
Bagi setiap Negeri, mereka ada Pesuruhjaya Negeri. Tak ke tu sama dengan pihak British pada ketika mereka memerintah Tanah Melayu?
Tapi bahasanya di Melayukan. Bahasa Inggeris bagi Pesuruhjaya ialah Commissioner. Itu sahaja dah membuktikan bahawa dalam PAS pun ada unsur - unsur Penjajahan British.
Jadi, tak perlu la PAS nak mendabik dada kata diorang ni Anti British dan sebagainya. Kalau tidak, dah lama dah diorang tukar nama Pesuruhjaya tu dengan perkataan lain yang lebih Islamik!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.