Adakah ini sikap dan pendirian sayap PAS yang KONONnya nak menegakkan dan memperjuangkan syiar Islam di Negara ini?
Adakah PAS hanya melihat isu berkaitan dengan Program Seksualiti Merdeka ini sebagai satu agenda Politik dan bukan ancaman kepada agama Islam?
Hakikatnya, memang itulah yang cuba dibangkitkan oleh Dewan Muslimat PAS hari ini. Mereka lebih mementingkan agenda Politik daripada melihat ianya sebagai ancaman.
Maka atas dasar itulah mereka mengecam tindakan pihak Polis yang mengharamkan sebarang program atau ceramah yang diadakan sempena Seksualiti Merdeka.
Perlu diingatkan bahawa sebelum ini, penganjuran Seksualiti Merdeka ini kebanyakkannya diadakan di Negeri Pakatan Pembangkang itu sendiri.
Sebelum ini, ianya diadakan di Selangor dengan kebenaran daripada pihak Kerajaan Negeri. Ia mula diadakan sejak tahun 2008.
Masa tu siapa yang jadi Kerajaan kalau bukan Kerajaan PKR pimpinan Si Khalid Gagap tu. Maka dalam erti kata lainnya, Kerajaan Si Khalid Gagap tu yang bertanggungjawab.
Mereka yang menyembunyikan program seumpama ini daripada pengetahuan orang luar. Dan bukannya salah Kerajaan. Takkan itu pun diorang tak tahu!!!
KUALA LUMPUR, 4 Nov — Dewan Muslimat PAS mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan yang hanya mengharamkan Seksualiti Merdeka semalam sedangkan ia sudah diadakan sejak 2008 hanya disebabkan ia membabitkan kehadiran Datuk S Ambiga, yang sepatutnya merasmikan program itu minggu depan.Meskipun menyambut baik pengharaman tersebut, Ketua Penerangan Musliwat PAS Aiman Athirah Al Jundi berkata, polis hanya bertindak apabila rakyat bangkit membantah walaupun jelas program tersebut seolah-olah menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.Kata beliau, polis dan BN seolah-olah mengambil kesempatan untuk menunjukkan penetangan mereka kepada individu-individu tertentu.Polis mengumumkan pihaknya mengharamkan program itu berkuat kuasa semalam.Ini kerana kata Aiman Athirah, Ambiga merupakan salah seorang penyokong program yang berlangsung sejak Selasa lalu.“Kesempatan ini diambil untuk melegitimasikan penentangan mereka kepada individu atau pihak-pihak berkenaan dan bukannya tindakan tegas yang bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab, kesedaran dan amanah kepada tugas serta kehidupan beragama masing-masing,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini.“(Tetapi) persoalannya, mengapa baru tahun ini pihak berkuasa menyedari adanya acara ini?“Bolehkah kita simpulkan bahawa polis dan pihak-pihak berkuasa yang lain selama tiga tahun yang lepas gagal menjalankan tugas mereka?Justeru kata beliau, “apakah sudah menjadi budaya Pentadbiran Umno-BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ia membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?”Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bukan langkah terbaik menyelelesaikan sesuatu isu, namun harus dimulakan dengan langkah penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.
Ps: Tak semua benda dalam hidup ni ada kaitan dengan Politik semata - mata. Tapi dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni, mati pun dikaitkan dengan Politik jugak!!!
musliwat PAS adalah rakan karib Ambabiga. cara dia cakap mesti hentam BN dan bela ambabiga.inilah rupa manusia akhir zaman. bertopengkan agama demi kepentingan diri. yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.perbezaan nyata antara pemimpin BN dan pemimpin PKR ialah pemimpin BN suka dihadapan dan pemimpin PKR suka di belakang.
BalasPadamAllah dah beri amaran jangan jadikan mereka ini sebagai pemimpin tetapi puak-puak ini tetap engkar
BalasPadamPAS akan lenyap lepas PRU13...PAS is dead. Saya cadang pemimpin2 dan pengikut2 PAS yang Islam asli dan tulen cuba bentuk parti baru. Masih ada masa untuk ujudkan Parti Islam yg tulin Islam, insyaAllah.
BalasPadamSengal,
BalasPadamInilah jadinya kalau hanya tahu menyalahkan orang lain, khususnya kerajaan. Apa yang sepatutnya salah tak ditegur.
Tamsilannya umpama peladang yang bela ayam, kemudian telurnya dicuri orang. Akhirnya peladang dipersalahkan oleh jirannya kerana dah lama telur ayam dicuri, baru kini nak bising...
Makin teruk statement Muslimat PAS, makin jauhlah undi rakyat terutama atas pagar yang menjadi silence majority..
Biar lambat daripada x bertindak....
BalasPadamBegitu jugak la dgn kes2 lain,jika ada apa pun permasalahan,mereka akan tuduh BN,mereka ibarat lembu yg dicucuk idung x tau nak buat kerja,x tau nak menetukan yg mana betol atau salah....!Jika sebelum ini merekalah yg byk menghentam kerajaan,tetatpi apabila dah pegang kuasa satu haram pun xtau nak buat......dah 3 tahun dok jaga selangor....xkan nak masih salahkan BN??...sampai bila nak salahkan org lauin??......kalo dia kerja dlm kompeni org..dah tentu awal2 kena sacks....asik nak menyalahkan org lain...