Jumaat, November 18, 2011


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

Katanya, cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain.

Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi juga merupakan diantara agenda utama mereka.

Menurut jawapan Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain. Bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak tertentu turut membina pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka.

“Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam.

“Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA dan Menterjemahkan Injil ke dalam bahas Melayu,” jawapan itu dipetik.

Selain itu, Hasan juga berkata penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan buku - buku yang berkaitan dengan agama Kristian.

Sehubungan itu, menurut Hasan bagi mencegah orang Islam daripada murtad, JAIS akan memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Menitis air mata saya apabila menonton HALAQAH TV9 yang menggandingkan Hassan Ali dan Haron Din. Dah lama kita tak menyaksikan mereka berdua di kaca TV. Haron Din dah kelihatan uzur tapi Hassan Ali masih sihat dan bertenaga.

    Topiknya pasal aqidah. Tentang murtad. Tentang penggunaan kalimah ALLAH. Kupasannya mudah dan amat menarik sekali.

    Agak-agak bilakah orang Melayu boleh bersatu dan mempertahankan Islam daripada terus diasak? Hentikanlah penghijrahan beramai-ramai tokoh-tokoh agama ke dalam parti yang tak islam tapi mengaku terlebih islam. Langsung tak de ciri membangunkan ummah.

    -jln.ledang ke kg.gelam-

    BalasPadam
  2. Akidah oang melayu islam mungkin tak dapat di ganggu gugat oleh sesiapa pon dibumi Malaysia ini.. Tapi Akidah orang melayu yang tak berapa nak islam ni cukup memedihkan hati untuk menerimanya.. anak anak dajal yang nama dan berbinkan melayu seakan tidak dapat dikenali sedang bergerak dengan cara senyap menyerap jiwa jiwa anak melayu islam yang lain.. pada ustaz ustaz melayu islam semua tunjukan kepada anak anak bangsa kita kebenaran gembelingkan usrah mu tuhan bersama kita.. AMIN..

    BalasPadam
  3. eden bukan nyo alhi ugama ialah bukan Utz. tapi dah beberapa bulan ni banyak yang memperkatokan tontang akidah-oran melayu Islam dimurtadkan. soalan nyo mengapo tejadi cam ni? kito kato Ugama Islam ugama rosmi tapi ado oran yang menguggat nyo.
    ramai ko oran Islam yang miskin? ado ko termasuk mualaaf? ramai ko? mengapo PZ negori tak tolong? eden ado sobut dulu tiap tahu kutip zakat banyak-mengapo jadi jo murtad ni? mano poi nyo duit tu? oran yang menjalan kan amanah ni jago sikit. ini duit zakat bukan duit sodokah ZAKAT. fahamkan. buet lah yang baik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping